Ke Korea kita (3)

Bismillah walhamdulillah wallahuakbar!


Hari ketiga di Seoul,
16 oktober 2017, Isnin.

Anneonghaseyo semua! Hari ketiga di Seoul adalah yang paling dinantikan kami yang suka shopping dan borong barang. Ini kerana pagi-pagi lagi kami dah singgah ke kedai kain-kain ela, sutera dan segala macam kain (paling best ada jual hanbok= pakaian tradisional korean). Kalau yang perempuan  memang boleh rambang mata tengok. Aku sebenarnya tak berapa suka kain-kain ni sebab setiap kali pergi kedai kain (nagoya ke, jakel ke dan sebagainya) balik tu mesti gatal-gatal tangan (maybe alergik habuk atau alergik kain- ade ke?!). So, bila Farid bagi pilihan siapa yang tak nak beli kain ada kedai untuk mengopi di tepi tu aku bercadang untuk pergi mengopilah. Tapi...yang terjadi adalah sebaliknya ya tuan tuan dan puan puan....hurm....daripada satu kain yang berkenan, aku telah membeli lagi dua kain yang lain. Mungkin terpikat dek kecantikan dan kelembutan kain itu aku membelinya....okay, menyesal tak beli lagi banyak~ 


Sebelum sampai ke kedai kain ela perlu menempuhi pasar basah yang mempunyai banyak kedai makan yang menjual makanan yang tidak halal. Kebanyakannya ada daging khinzir. Jadi aku tutup mata je lah dan jalan terus.



So this is one of the kedai kain ela tersebut. Ahjumma tu bagi murah pada sesiapa yang beli banyak. Kamsahamnida, ahjumma!


Safiyyah dah mula boring, so aku pun layan main kejar2 di sekeliling kedai tu..


Okay, habis di kedai kain kami berangkat ke tempat wajib dilawati di Seoul especially sebagai muslim iaitu Masjid Itaewon. Masjid ini dibina di atas bukit, so kitorang kena mendaki sikit sebab bas tak boleh naik. Di kiri kanan jalan nak ke sana ada banyak restoran halal dan supermarket makanan dan minuman serta barangan halal. Memang senang lah muslim di sini nak dapat bekalan. Aku lihat selain daripada muslim korean yang tinggal di sini, ada juga india muslim, arab muslim dan beberapa warganegara dari pelbagai negara. Kami diberikan masa selama 45 minit untuk bersolat sunat, melakukan aktiviti lain dan bergambar di sekitar masjid. 

Di sini aku terjumpa dengan dua beradik daripada Libya yang sedang berjalan-jalan di sekitar masjid. Dia yang memberi salam kepadaku yang sedang membuka al-quran. Salam dijawab dan tangannya disambut. Kemudian, apa lagi berboraklah kami dalam bahasa arab. Aku akui sejak balik dari Jordan memang sangat kurang menggunakan bahasa arab dalam percakapan tapi rindu untuk praktik cakap itu ada...sebab tu lah, jumpa arab mana pun aku try nak cakap arab hatta di restoran nasik arab pun..hehe...So, nama dia Inas dan abangnya baru saja duduk di Seoul memandangkan ayah mereka kerja di kedutaan Libya. Abangnya pun sudah masuk mendaftar kuliah di Seoul dalam bidang bahasa, manakala Inas akan pulang ke Libya lagi 3 bulan. Maybe die bercuti je di Seoul. Perbualan kami tamat apabila kami semua perlu ke restoran Mumbai grill untuk lunch.   



Turun untuk lunch, singgah sebentar kat kedai jual barangan skincare ni. Apa lagi, terus aku grab mask yang agak murah. Kedai ahjusshi ni siap ada halal Malaysia yang dilekat di depan kedai sebelah poster besaq (besarrr) Lee Min Ho..Walaupun aku bukan peminat Lee Min Ho, tapi aku amik jugak gambar dia untuk menunjukkan betapa besaq nya gambar dia..hehe..


Usai lunch dan solat di Itaewon, kami meneruskan perjalanan ke tempat membeli souvenir, baju dan pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan (cakap macam iklan..hehe) di pasar dongdaemun. Sesak sangat tapi best sebab boleh tengok secara dekat masyarakat Korea dan jual beli mereka. Kat sini banyak jugak yang aku beli antaranya yang menjadi favourite ialah keychain, magnet peti ais, sudu garfu dan banyak lagi. Semuanya made in Korea. Bab ni aku memang kagum dengan diorang sebab pada kebiasaannya negara yang aku pergi mesti beli barang lepas tu tengok made in China, rasa tak puas hati la jugak sebab kalau boleh kita nak beli barangan yang negara tu buat. So setakat ni barang di Korea yang aku beli semuanya buatan diorang, syabas!!  



.

Hari ketiga ni memang sangat memenatkan sebab banyak tempat pergi, banyak jugak barang yang dibeli (eh, macam pantun pulak?!) So, sebelum meninggalkan pasar ini aku beli coffee dulu. Sedap~

 Kat sini jugak, ada booth korean week festival. So, family aku masuk dan disambut dengan meriahnya oleh pekerja mereka. Diorang mula perkenalkan adat dan budaya orang Korea, nice la.. aku dan safiyyah  pun berpeluang untuk pakai hanbok iaitu pakaian tradisional korea secara free..kalau kat tempat lain kena sewa dan ada yang agak mahal tapi kat sini free..lepas kitorang try, ramai pulak yang nak try..hehe..orang Korea tu memang suka dengan safiyyah, siap main2 gasing lagi dan hadiahkan pada dia..si kecik ni siapa yang tak suka..terkejut diorang bila tahu si kecik ni baru 2 tahun 2 bulan tapi boleh bebel kat orang~~  

Princess Safiyyah with kakak korea yang baik~~



Okay, last destination sebelum dinner ialah Namsan tower, yang mana sepatutnya kitorang pergi hari first sesampainya di airport. Tapi okay jugak pergi time sekarang...kat sini mendaki jugak lah tapi takpe, exercise petang-petang...Ramai juga datang ke sini untuk menikmati pemandangan yang indah, pelancong pula ada yang beli padlock dan kuncikan kat situ...katanya ada drama Korea pernah shooting situ sebab tu tempat ni jadi popular...okay...~

Cantikkan pemandangan dari atas ni..subhanallah....daun-daun pun mula berubah warna..cantik sangat...















Itulah sekian banyaknya gambar yang dirakam kan oleh aku sepanjang di atas sana...fuh, memang pemandangan yang terbaik!


Bangunan ni cantik tapi aku tak masuk dalam dan tak ingat namanya apa...hehe..sorii..


Okay, penat menaip untuk hari ini....so, ini dia tempat terbaik untuk dinner bagi perut orang Malaysia....taraaa....! restoran melayu di Seoul, Restoran kampungku....kami dinner di sini (memang riuhla ramai kot..) dan makan nasik lemak yang dihidangkan chef melayu....alhamdulillah kenyang semua orang....~~~

Perut dah kenyang, duit semakin menipis...so, ke guesthouse lah kita untuk merehatkan diri selepas solat....okay, jumpa hari keempat! Bye!

:: Penat ::

Ke Korea kita (2)





Bismillah walhamdulillah wallahuakbar,
15 Okt 2017, Ahad.

Hai semua! Ok, nak sambung semula story tentang trip ke Korea bahagian 2..hehe..nampak gambar di atas? Hari kedua (15 okt 2017) di Seoul, kami mengunjungi ke Everland. Everland ni macam taman tema + zoo lah kira nya. Seriously cakap memang besaaaaarrrrr sangat kalau anda semua nak round sehari dan main semua permainan yang ada agaknya memang tak sempat. Yelah, setiap permainan dan tempat-tempat nak masuk tu memang beratur panjang. Trip kami memang nasib baik jugak sebab datang awal dan sempatlah main beberapa permainan dan masuk ke beberapa tempat. Betapa besarnya Everland ni sampaikan sesat walaupun ada map kat tangan! Berbekalkan wifi yang dah sewa kat travel ejen, dapatlah cari jalan keluar sebab bila tak tahu jalan je terus wasap dalam group atau wasap pada tour guide kitorang.


Ini di depan pintu masuk Everland. Aunty2 ni bergambar dengan staf di sana.


Kat sana banyak sangat perhiasan Halloween, maybe akan menyambut atau sudah menyambut hari tersebut, aku tak pasti.


Tengok pokok ni aku teringat rancangan Running man Korea masa tema animal tu. Tak silap time tu Kwang soo yang menang (Ye kan buat kat sini?!).


Waktu kami sampai di sana masih tak ramai sangat orang jadi bolehlah berjalan-jalan lambat dulu. Kotak makanan lunch sudah diberikan pada kami setiap seorang. Ketika ini kami diberi kebebasan untuk ke mana sahaja dalam Everland, tapi yang bagusnya tour guide kami siap suggest kan tempat dan kawasan yang sesuai dan seronok nak pergi. Bermulalah perjalanan kami daripada Panda world dan memasuki mini zoo (yeke mini zoo??) yang ada singa, penguin (safiyyah panggil wiwin) monyet yang comel dan banyak juga binatang yang menyambut kedatang manusia dengan pelbagai gaya dan aksi..Owh, disebabkan Safiyyah dah berat (sori safiyyah) so kami mengambil keputusan untuk menyewa stroller di sana. At least, kalau safiyyah tak nak naik bolehlah tumpang beg dan popcorn yang berat ni..hehe...









 Perancangan kami lain daripada orang lain sebab consider safiyyah dan masa yang diberi sampai jam 4 petang sahaja. So, first destinasi adalah tempat haiwan, kemudian ke blood city (eh, betul ke namanya gitu?!) yang menempatkan roller coaster, tempat zombie dan segalanya yang thriller. Sebelum ke situ, kami makan tengah hari dan mencari tempat solat bersebelahan mystery mansion. Oh, bila makan lunch tu tiba-tiba teringat kenangan di Jordan bila ada program. Nasi dan lauk yang dimasak persatuan/ kadang-kadang rumah kami bayt aman di Jordan yang masakkan. Rasa pun ala-ala jugak...rindunya..okay, cukup nostalgia pulak~

Alhamdulillah di Everland ada tempat solat siap tempat wudhu tapi kena berkongsi ruang, so bergilirlah lelaki dan wanita untuk solat. Kami solat jamak taqdim dulu supaya masa panjang lepas solat untuk buat aktiviti lainnya. Lepas solat, kakak iparku ajak naik roller coaster walaupun waktu tu jam nak dekat pukul 2 petang dan orang tengah ramai beratur nak naik. Mula-mula perasaan takut tu takde pun tapi bila nak dekat giliran rasa makin scary pulak dengar jeritan2 orang yang naik sebelum kitorang. 



Waktu kat atas tu rasa macam nak putus nyawa (!__!) 



 Turun-turun je roller coaster tu, pening pun ada..peliknya aku tak menjerit langsung sebab terlalu takut......(berazam tak nak naik dah sebarang roller coaster dan sejenis dengannya). Lepas daripada pengalaman ngeri tersebut, kami meneruskan perjalanan untuk ke tempat lain pula. Kebetulan ada perarakan warna warni di tengah-tengah jalan di Everland, sempatlah aku memfoto beberapa keping pertunjukan mereka.




Sementara itu, safiyyah dan kakak iparku sempat menaiki kuda ini dan bersuka suki lah dia... =)


nampak tak kengerian rail roller coaster ituu...




I'm happy to bring this red dolphin tie at my bag~ lol


 Finally, I got churross~ yummy..

Setelah memusing-musing mencari jalan keluar akhirnya dapat juga ketemu tempat berkumpul kami tadi.Yeah! Kerana penat, kami semua tidur di atas bas sementara bas bergerak menuju ke bandar Seoul untuk dinner dan membeli-belah.ZzZz...






Time dinner, oleh kerana aku tengah alergik seafood dan kacang, maka secara rasminya semua seafood yang sedap di Seoul ini tak dapat aku rasai. Takpelah, lagipun bukan aku seorang saja~ Farid belikan aku dan aunty yang tak boleh seafood tu satu set nasi dan ayam yang sedap, alhamdulillah..tapi, aku makan juga ramen yang digoreng sebelah nasi goreng seafood tu..hihi..muka aku sedikit membengkak comel dan pedih serta gatal. Alhamdulillah, mak Shikin bagi aku ubat alergiknya 2 biji so malam itu aku segeralah makan ubat tu. Jazakillah khairan jaza' pada beliau, baik hati betul..


So, lepas dinner kami pun pergi ke Myeongdong street, boleh dikatakan sebagai syurga kosmetik bagi sesiapa yang make up dan skincare. Tapi sebelum tu, Farid dan Haikal bawa kami ke kedai yang jual kimchi dan seaweed halal. Di sana juga kami beli air manis (pisang, strawberi dan kopi) untuk diminum di guesthouse. Aku beli 2 pek kimchi untuk bawak balik malaysia, kakak dan abang beli seaweed berpek-pek untuk stok safiyyah..hehe...

Keluar dari kedai, kami berpusu-pusu serbu kedai stokin-stokin (comel dan made in korea!) untuk buah tangan orang di Malaysia. Aku nak bagi pada sepupu2 yang kecil dan pakai sendiri. Then, kami singgah beli mask (sini serius murah so belilah banyak buat stok) dan beli baju t-shirt labuh. Aku beli untuk umi sebab  labuh dan selesa untuk umi pakai. Tempat ini mempunyai kedai-kedai di bawah tanah dan kat sana pun banyak barang especially baju, kedai barangan artis (semua barang ada gambar artis kpop) dan kedai kasut.

Selepas 1 jam, kami berkumpul semula di tempat naik bas dan kembali pulang ke penginapan. Walaupun letih, kami tetap semangat dan seronok dengan trip ini~

Sambung lagi nanti, kamsahamnida~~