Di Sebalik Doa




Tenang. Itu yang aku dapat simpulkan apabila melihatnya membawa keperitan yang singgah di tubuhnya selama 13 tahun. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Kecergasannya yang diragut seawal tingkatan 2 telah menewaskan cita-cita dan keindahan zaman remajanya. Tapi, tak pernah sedikit pun ku lihat dia mengalah dan berputus asa. Malah, dia lebih kuat daripada insan yang sihat di sekelilingnya samada jasad atau semangat. Katanya, cinta tuhan yang menguatkannya. Kalau begitu katanya, itu tidaklah mustahil kerana aku percaya manifestasi kecintaan seorang hamba buat tuhannya adalah satu ubat yang mujarab yang mampu menguatkan kaki dalam melangkah.




Doa yang dipanjatkan sentiasa membuatkan air matanya jatuh. Katanya, doa merupakan pengikat antara hamba dengan tuhannya. Bukan hanya berdoa selepas solat sahaja tetapi doa dan pengaduan yang dilafazkan oleh hamba di setiap pekerjaannya. Begitu juga lafaz terima kasih pada tuhan, tidak pernah dia terlupakan ucapan terima kasih, ya Allah...Sangka baiknya pada tuhan tidak pernah mengecewakan. Rintih dan tangisnya dalam solat didengari tuhan. Apabila aku bertanya padanya tentang derita yang ditanggungnya, dia menjawab:

    " Jika sakit ini berhenti dari diriku, aku takut jika aku turut menghentikan rintihan dan taubatku.." 

Sangka baik pada tuhan memudahkan urusannya. Pautan cintanya pada sang Pencipta mengurangkan deritanya dan meng'hidup'kannya lebih lama. Tanpanya, mungkin sudah lama dia 'mati'. Hari ini aku melihat dia senyum padaku. Senyum dengan kemenangan di tangannya. Aku juga melihat kemenangan yang ada di tanganku sama dengannya. Mengapa ia sama?!
 
Kerana aku adalah dia dan dia adalah aku. 

Dan, 

kerana mana mungkin ada aku kini, jika dia tiada pada masa lalu.   


Pahalgam,
22.9.2017.

No comments:

Post a Comment