PWTC! I'm Coming!~~



 بسم الله والحمد لله

Dua hari lagi!



 Buat pembaca setia buku-buku apa pun genre nya, serbu PWTC start 24 Mei ini selama 2 minggu ini. Event penting setiap tahun untuk student2 macam aku. Tahun lepas berpeluang pergi ke sana beberapa jam sahaja, dan yang sedihnya dapat capai dua buku je. Buku yang di target memang sold out! 

Tahun ini memang ada beberapa buku yang nak beli. Tak sengaja nak menambah koleksi dan memenuhkan rak dalam 'perpustakaan kecil' ku di rumah. =D 

Tada! Buku first yang nak direbutkan ialah buku ini. Buat motivasi diri dan menginsafi diri sebagai hamba kepada pencipta Maha Hebat, Allahu rabbi,



Mempersembahkan buku kedua, berkaitan pengalaman doktor menyelamatkan pesakit dalam gawat natural disaster. Antara buku-buku yang ku pilih menjadi bahan bacaan harian ialah buku seperti ini. Ia pengalaman manusia, yang di takdirkan berbeza dengan ku. Tolonglah jangan habis......(!_!) 



Sebenarnya ada buku lain yang nak beli time pesta buku nanti tapi......dah pun terbeli lebih awal (tak dapat menahan diri untuk membacanya) bila tengok je buku tu berderet di MPH bookstore.....



ni dah beli lebih awal~





Yang ni dia bukunya! ~


Bagiku ia sebuah gabungan tarian pena doktor-doktor hebat! Siapa kata mereka tidak boleh berkarya? Allah swt juga berikan mereka ruang dan peluang untuk menulis secebis dari ribuan pengalaman berharga mereka dalam mendepani manusia yang diuji dengan ujian kesakitan. Teringat kata-kata di dalam 99 cahaya di langit eropah :
 " Islam, bukan hanya tentang jalan yang kita pilih, tapi juga jejak yang kita tinggalkan. Peradaban Islam itu dibangun dengan karya, kreativitas untuk meraih redhaNya, bukan dengan simbol semata..."

So, jom semua kita memeriahkan pesta buku tahun ini. Tak dapat datang hari first, boleh datang hari last. Better late than never! :-)


Jalan Sehala....NO TURNING BACK!

بسم الله الرحمن الرحيم




Masa berputar begitu cepat akhir-akhir ini ku rasakan. Mungkin orang lain juga merasakannya atau tidak. Tup Tup sudah masuk akhir bulan April. Bulan depan Mei bakal menjengah, in shaa Allah dan ini bermakna semester dua masterku bakal melabuhkan tirainya. Jika semuanya berjalan dengan baik, in shaa Allah aku juga bakal memulakan fasa berat dalam penulisan tesisku. Robbi yassir wala tu'assir, robbi tammim bil khoir! Doakan aku cekal, sahabat2!

Aku cuba memandang ke belakang. Melihat sepupu kecilku menggalas beg mereka ke sekolah rendah dan menengah membuatkan aku melihat diri sendiri. Rupa-rupanya telah aku lalui pembelajaran yang memenatkan, tapi belum ku hentikan sehingga kini. Banyak sudah pengorbanan yang ku lakukan; wang ringgit, hati dan perasaan, serta macam-macam. Alhamdulillah, bersyukur. Terima kasih juga buat yang mendoakan. Selalu juga aku meluahkan pada umi dan abah untuk berhenti menyambung pelajaran tatkala ujian datang, tapi bila mengingatkan cita-cita besar yang ku impikan, meringankan kaki ini melangkah. Penat, tapi berbaloi! Kini tak sabar menghabiskan baki-baki pengajian untuk melangkah ke fasa seterusnya. 

Buat 4 sahabatku yang bakal mendirikan rumah tangga pada tarikh yang sama iaitu 31 Mei, barakallahulakuma wajama'a bainakuma fi khoir (teringat lagu maher zain pulak!) Sabar dan toleransilah dalam menghadapi cabaran kalian untuk mengemudi bahtera perkahwinan. Doakanku jugak~~~


Untuk yang berputus asa dan mengeluh,

Jangan pandang ke belakang, teruskan mara melangkah. A journey of thousand miles begins with a single step. You can do it!

Smile.

Back to year 1470-1481


Doa syifa' mula dibaca. Ayat-ayat suci al quran pula dialunkan. Mungkin surah al-ikhlas atau ayat kursi. Ringan sedikit penderitaan pesakit yang tadinya duduk di sebelahku. Aku yang menunggu giliran rasa tenang seketika. Lalu di hadapanku seorang mat rempit yang berbalut di lengan kiri dan kepala. Ibu tuanya setia memapah anak muda itu.

" Maryam binti Muhammad!"

Namaku dilaung. Cepat sahaja aku bingkas bangun untuk masuk ke bilik yang ditetapkan. Rasa gementar dan cuak sudah pasti. Butterfly in my stomach bak kata orang putih!

"Assalamu'alaikum," aku beri salam kerana yakin yang akan menjawabnya adalah seorang muslim sepertiku.

" wa'alaikumussalam, Maryam. How's your day?" ramah sahaja Doktor Iman menegurku.

" alhamdulillah, great. Doctor?"

" hari ni sibuk sikit tapi alhamdulillah, masih dapat jumpa awak hari ini untuk berkongsi maklumat," Aku senyum bila mendengar ayatnya.

" so, boleh kita mula doktor?" Terus sahaja aku straight to the point dan fokus.

" okay, in shaa Allah. Bismillahirrahmanirrahim...."

Aku membetulkan kedudukan dan bersedia mendengar bicara wanita di hadapanku ini.

" Maryam tahu kenapa saya mendirikan hospital Qudus ini?" Aku menggelengkan kepala.

" surah al-imran ayat 92, Maryam. Ibu saya yang mengajarkan tentang tafsirannya pada saya dan adik-adik ketika kami kecil. Ibu dan ayah saya bukan jurusan agama. Keduanya pensyarah dalam bidang sejarah. Tapi mereka mendidik kami dengan didikan Islam yang cukup, bukan sahaja menjadi muslim pada nama malah pada praktisnya. Setiap kali ayah membaca akhbar, beliau akan tunjukkan pada saya tentang berita kesengsaraan hidup orang-orang miskin dan tidak berkemampuan untuk mencari sesuap makanan. Paling menikam hati saya ialah apabila mereka ini juga tidak mampu mendapatkan rawatan untuk penyakit yang dihadapi kerana tiada wang." Suara Doktor Iman semakin sebak. Air matanya bergenang namun cepat-cepat beliau menyambung bicara.




" ketika saya study, banyak juga program yang saya sertai untuk lebih dekat dengan kebajikan especially untuk orang miskin, anak yatim, OKU, dan mereka yang tidak berkemampuan. Lebih-lebih lagi saya ditaklifkan sebagai exco khidmat masyarakat ketika itu. Ada banyak peristiwa yang saya tidak dapat lupakan, Maryam. Antaranya ialah tentang seorang warga emas yang dibiarkan oleh anak-anaknya di jalanan, kisah seorang wanita tua beragama Islam yang tidak berkemampuan lalu terpaksa menjadi penghuni rumah ibadat agama lain, malah ada pula kisah lara suami isteri tua yang hanya mampu mengisi perut sedang tubuh dirobek-robek penyakit yang dideritai." Doktor Iman menyeka air matanya yang tumpah mengenangkan beberapa kisah duka dari ribuan kisah-kisah yang terjadi di hadapan matanya. Aku juga tunduk mengesat air mata.

" Saya pasti itulah sebab utama tertubuhnya hospital Qudus ini, betul kan doktor?" aku cuba meneka.

" Ya, Maryam. Saya dan rakan-rakan terpanggil untuk melaksanakan misi buat ummat ini. Saya cuma mahu erti nilai kemanusian dan belas ihsan masih lagi wujud di tengah-tengah sibuknya dunia mengejar wang ringgit semata. Nyawa manusia yang Allah swt beri bukan boleh diletakkan harga dan diukur dengan berapa duit yang mereka miliki. Semua orang ada hak untuk mendapatkan kesihatan dan makanan yang baik." Ada nada tegas dalam kata-kata Doktor Iman.




" Betul, doktor. Saya ada belajar dan membaca tentang itu. Cuma dalam pembacaan saya, kedua perkara itu disediakan oleh pemerintah contohnya dalam kerajaan Islam di Istanbul." Aku memberikan pendapat sekadarnya.

" You're right, Maryam. Bila saya suarakan pada ibu dan ayah tentang cita-cita saya berkenaan hospital Qudus ini, mereka sangat menyokong. Malah, ibu memberikan saya beberapa contoh dan model hospital di zaman kerajaan Islam dahulu and one of them is located in Istanbul. Saya dan rakan-rakan ke Istanbul dan tengok sendiri bangunannya, cari lebih banyak maklumat dan lakukan kajian. Jadi, kami decide untuk buat ikut model ini tapi bukan dari segi struktur binaanya. Kami ambil isi kandungan yang ada dalam hospital itu sehingga ia boleh dikenang sebagai salah satu mercu tanda social justice dalam Islam." Aku tersenyum memandang Doktor Iman. Inilah yang ku cari dalam penulisan journal dan kajian tesisku!

" Saya pernah ke sana sekali, doktor. Rasanya mahu pejamkan mata sebentar dan membayang bahawa saya ini hidup di tahun itu di Istanbul. Tahun 1470-1481! " Giliran Doktor Iman pula tersenyum melihatku.




" Islam sungguh cantik. Ia memberi dua hak itu pada semua golongan tak mengira kedudukan, harta, warna kulit, bangsa dan agama. Itu yang saya terapkan di hospital Qudus ini, Maryam. Memberikan khidmat dan rawatan pada masyarakat secara percuma. Dahulu, pemerintah Islam dan rakyat pada ketika itu faham tentang tanggungjawab sosial mereka. Namun, sekarang pengabaian terhadap perkara ini mencetuskan jurang yang besar dalam masyarakat. Yang miskin bukan sahaja tidak dibantu malah dihina dan disisihkan. Sedangkan dalam sesebuah negara lebih-lebih lagi pemerintahnya Islam, hal ini tidak boleh terjadi." Panjang lebar huraian yang diberikan wanita yang aku kagumi sejak hari pertama kami bertemu. Bukan sahaja beliau arif dalam bidang perubatan, malah dilengkapi juga dengan pengetahuan tentang sejarah Islam.

          Sedang kami rancak berbual, pintu diketuk dari luar. Nurse di kaunter tadi masuk dengan wajahnya cemas.

" Doktor, puan Hasnah di wad 8.." Belum sempat beliau menghabiskan kata-kata, Doktor Iman sudah bangun dan bergegas mahu keluar. Mungkin pesakit di wad 8 itu kritikal fikirku.

" Maryam, maafkan saya. Nampaknya hari ini pertemuan kita tak dapat diteruskan. In shaa Allah kita aturkan pertemuan lain, boleh?" Sopan sahaja Doktor Iman berbicara denganku.

" Tak mengapa, doktor. Saya faham. In shaa Allah nanti kita bertemu lagi." Aku menghadiahkan senyuman serta tanda jari 'okay' pada beliau.

             Aku melangkah pulang ke rumah dengan seribu satu harapan dan doa. Aku tidak mahu hanya satu Hospital Qudus yang ada dalam negaraku. Aku mahu puluhan malah jika boleh ratusan hospital yang seumpama itu. Malah institusi pendidikan dan juga dapur awam juga perlu didirikan. Biar tiada lagi berita duka lara itu terpampang di dada akhabar. Aku juga mahu tetap mengkaji dan menggali sejarah Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan penulisanku. Itu azam dan tekadku!




Give some respect to old folk, my friend....

Bismillah walhamdulillah wallahuakbar, sollu 'ala nabi!





Pagi tadi ke bank untuk selesaikan urusan yang berbaki. Duduk sahaja setelah mendapatkan nombor, aku terdengar suara sedikit tinggi di kaunter hadapan. Kelihatan seorang wanita tua (bersama anaknya atau adiknya atau mungkin jirannya?) sedang berurusan di meja kaunter. Dari pengamatanku, mak cik ini mungkin dari kampung berdekatan yang tidak berapa biasa melakukan urusan di bank. Beg yang lusuh dibimbitnya setiap masa, mungkin dokumen-dokumen penting ada di dalamnya. Dilayan dengan tidak berhemah (bagiku tak patut begitu), mak cik tu tunduk diam sahaja. Bila diarahkan pulang, beliau bangun dengan lemah, tiba-tiba dipanggil semula untuk urusan lain.

Maaf, jika aku katakan di sini.

Please respect orang yang lebih tua, lebih-lebih lagi orang tu tak tahu tentang urusan yang bakal dijalankan. Pernah tak terbayang kalau itu ibu kita? Pasti kita mahu ibu kita dilayan dengan baik dengan full respect kan. Aku bukan mahu judge dan suudzon (bersangka buruk) dengan orang, tapi lepas mak cik tu pergi, customer lain datang meja tu dan dia dilayan dengan baik. Tak ada tinggi suara. Pelik. Dan aku bernasib baik tak dapat meja kaunter yang tu, huh!

~ hormati dan kamu akan dihormati ~

Not Just Trouble

Bismillah walhamdulillah wallahuakbar, sollu 'ala nabi!







Sebulan lepas, ujian datang bertimpa-timpa kepadaku tapi alhamdulillah semuanya terkawal walaupun tak tahu berapa banyak air mata yang tumpah dek kerana itu. Dengan buku-buku untuk menulis tesis hilang (cuai @ salah letak @ dicuri), kemudian accident, my latest proposal correction kena reject, dan beberapa insiden kecil lain. Fuh! Ini sangat-sangat menguji kesabaran! Lepas semua kejadian tu berlaku, aku cuba muhasabah diri sendiri tentang apa yang dah terjadi sebelum ujian-ujian tu berlaku. Ya! Allah nak aku muhasabah setelah buat salah!

"astaghfirullahal 'azim......"

Actually, Allah bukan sengaja nak beri kita rasa apa itu ujian. Dia maha mengetahui tentang kita. Lemah dan kuatnya kita ada di mana. Dia maha penyayang kepada hambaNya walaupun hambaNya melakukan berjuta-juta dosa. Bersangka baiklah dengan Allah swt, Dia yang menciptakan hambaNya dengan penuh sebaik-baik ciptaan.

Pengajaran hari ini untuk ketenangan hari esok. Robbi yassir wala tu'assir, Robbi tammim bil khoir.

#thosewhoseekingforhidayah

masih mencari.


 .............suasana pagi yang damai........


makin lama mencari, makin susah pula rasanya.

walau bertahun dah berlalu, diri pun sudah tercampak ke seberang lautan, kemudian pulang semula, ia tetap sama.

walau hilang jejak di pasir, walau berubah tempat kenangan, ia tetap sama.
mungkin kerana kurniaan mata ini yang tak mampu menghilangkannya.

kadang rasa letih menaruh harapan, cuma yang menguatkannya hanya kenangan dan bayangan insan-insan mulia di sana.

tetap utuhlah! satu hari nanti ku pasti sampai kepadamu dengan senyum yang masih tersisa!

 ~" ustazah mana boleh makan maggi.." ~

 

Lemah

Baru ku tahu,
Bangsaku yang sekian lama melaung,

"Merdeka! Merdeka!"

Masih lagi belum merdeka jiwanya,
Masih lagi dibelenggu penjajah,
Yang lebih dahsyat dari tahun dulu-dulu,
Penjajah dari bangsa mereka dan bangsa asing,
Yang gilakan wang,
Yang benar-benar gila akalnya!


Ku juga baru tahu,
Perkara dalam perlembagaan,

"Islam sebagai agama persekutuan"

Masih lagi belum dipraktis bangsaku,
Masih lagi lemah dalam iman mereka dan juga kita,
Yang lebih dahsyat dari kaum muda dulu-dulu,
Salahkan mereka bererti salahkan aku,
Kerana aku juga sebahagian dari saudara Islam mereka,
Yang juga lemah tiada daya,
Yang juga kaku dalam menasihati.


Ya Allah!

Benarlah! Sekali lagi ia membisik padaku,

"Mad'u akan lebih teruk jika dai'e teruk "

Marahlah. Tapi jangan membinasakan kepercayaan  mereka.
Marahlah. Tapi jangan duduk diam setelah itu kaku.
Marahlah. Jika kau sebelum ini menggerakkan dakwah.

                                                                                                               UKM, Bangi.





:: membatulah kau sampai benar-benar jadi batu, wahai dai'e! ::