SELAMAT TAHUN BARU MASIHI

Selamat sejahtera semua. tak kira Muslim or non muslim. Dah masuk tahun baru masihi 2011 rupanya. Ana baru balik dari mengedar risalah di bandar yang penuh sesak orang tadi, semua nak sambut tahun baru masihi katakan...dalam suasana hujan renyai-renyai ana dan sahabat-sahabat redah juga dalam lautan manusia untuk menyampaikan sedikit 'cenderahati' sempena tahun baru yang tiba.


Alhamdulillah kebanyakan yang didatangi ana, memberikan respon yang baik. Tak kurang yang hanya masam sahaja muka mereka. Tapi tugas sebagai daie, mana mengira suka atau tidak mad'u pada hal yang ingin disampaikan. Sebelum ana menyampaikan risalah, kami berkumpul di rumah anak yatim (untuk melawat dan jumpa adik-adik yang sangat baik!). Beberapa jam sebelum itu, ana ke kedai buku feveret untuk membeli beberapa buku-buku yang hendak dijadikan rujukan. Kali ini buku yang tebal-tebal (ala-ala kitab) menjadi pilihan.



Baiklah..ana harap tahun baru ini kita menjadi hamba yang soleh, solehah. kita menjadi Hamba yang dicintai oleh Allah.. yang tidak pernah kalah dan leka dengan dunia....amiin...

DARI BEIRUT KE JERUSALEM


Salam 'alaik semua....selawat dan salam atas kekasih junjungan Rasulullah saw, keluarga dan sahabat baginda.. kepada semua pencinta kebenaran, keadilan dan pencinta buku...=) Buku bertajuk 'Dari Beirut ke Jerusalem' menarik perhatian ana semalam ketika sedang membelek gambar dalam kamera. Hmm, sebuah buku yang sangat kena dengan jiwa ana. Salah satu jenis buku yang ana paling suka adalah buku yang seperti diari orang..ya, catatan perjalanan seseorang! Ana mula membacanya dalam bulan 7 dan tamat pada bulan 11..4 bulan rupanya! Abang ana suka complain tentang cara ana membaca (lama sangat baca buku), tapi ana memang begitu kerana ana perlukan penghayatan kepada setiap jalan cerita dan setiap fakta yang dikemukakan. Supaya semua isi dapat dicerna dengan baik.


Buku ini sedikit sebanyak membuka mata dan telinga ana tentang Palestin dan Lubnan serta kekejaman Israel dan sekutunya dalam isu Palestin. Boleh dikatakan kerana sebilangan kecil manusia seperti Dr Ang Swee Chai dan sahabatnya (serta semua aktivis palestin)maka adanya sedikit ruang buat orang-orang awam mengetahui apa itu PALESTIN..dalam buku ini diceritakan pengalaman Dr Ang dalam peristiwa berdarah iaitu pembunuhan atau lebih tepat lagi penyembelihan beramai-ramai di Shabra dan Shatila. Dunia bisu pabila Israel menodai kem-kem pelarian yang menempatkan orang-orang yang tidak berdosa.Istilah kejam sesuai buat Israel laknatullah!!


Buku ini walaupun dari sisi pengalaman seorang doktor tetapi ia dilihat seperti pengalaman seorang aktivis atau tentera atau juga seorang rakyat palestin. Hal ini kerana pengalaman Dr Ang sendiri dipenuhi dengan 'aktiviti lasak' selain sudah biasa mendengar dentuman bom dan bunyi senapang dan pistol. Nasib baik beliau tabah....Usahanya tidak sia-sia kerana para pencinta keamanan ramai di luar Palestin dan Lubnan malah usaha mereka tidak pernah berhenti untuk keamanan sejagat. Walaupun ana tahu sudah ramai yang membaca atau memiliki buku ini, tapi ana yakin masih ramai yang belum mengulitinya.


**kepada semua pencinta keamanan bolehlah ambil peluang cari buku ini**
~from Malaysia with love~
WALLAHU'ALAM

Malaysia menang 3-0


Salam 'alaik semua...sekarang sudah lewat. Jam menunjukkan pukul 12.52 pagi, 27 dis 2010. Tadi di kafe kampus, riuh rendah pelajar lelaki yang fanatik bola meraikan kemenangan bergaya Malaysia ke atas Indonesia dalam perlawanan bola sepak.


Ana tak adalah fanatik bola sepak tapi cuma sengaja menulis entri ini sebagai tanda mengikuti perkembangan semasa negara. Ana terbaca harakahdaily sebentar tadi, itu yang tahu. Seperti dalam ulasan harakahdaily, ia menyatakan gol dihasilkan atas jaringan oleh Safee Sali pada minit ke 60 dan 72. Manakala Asaari Shamsudin pada minit ke 67.


Diharapkan tiada perbuatan "hooliganism" dalam perlawanan tadi dan yang akan datang khabarnya akan diadakan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.
Bercerita tentang permainan bola sepak, benarkah permainan bola sepak ini adalah dicipta oleh orang kafir bersempena dengan peristiwa menyayat hati di Karbala?Yang mana cucu Rasulullah saw, saidina Husain yang dipenggal kepalanya dan disepak...benarkah?? sesiapa yang ada info dan maklumat kukuh tentang sejarah bola sepak bolehlah share di blog ana...sama-sama kita sebarkan ilmu..
wallahu'alam.

SIHIR ATAU SILAP MATA....

Salam 'alaik semua pembaca..hari ini mari kita kupas tentang tajuk sihir pada pandangan al Quran. Biasa kita dengar tentang ini, kan? Pada sesetengah orang, ada yang tidak percaya tentang sihir, tak kurang yang percaya melebih-lebih sehingga melakukan amalan khurafat. Mungkin ada yang pernah mengalaminya atau pernah ahli keluarga yang kena. Di tv misalnya pelbagai corak dan gaya orang yang tunjuk silap mata, adakah itu salah satu sihir?

Baiklah semua, duduk dulu..tarik nafas...


Dalam surah al-Baqarah ayat 102 ada dinyatakan tentang sihir. Hakikat sihir ada dua pendapat. Pertama, pendapat dari jumhur ulama' yang mengatakan bahawa sihir itu adalah hakikat yang memberi kesan. Manakala pendapat kedua daripada kumpulan Muktazilah yang menyatakan bahawa sihir itu tidak mempunyai hakikat serta hanyalah penipuan.
Terdapat 4 jenis sihir iaitu:

~ sihir secara ilusi dan penipuan
~ sihir secara ramalan dan penujuman
~ sihir secara jalan adu domba dan fitnah
~ sihir secara tipu muslihat

Bukti adanya sihir dan sihir memberi kesan adalah melalui surah al-a'raf ayat 116 yang bermaksud:
"Dia (Musa) menjawab, "lemparkanlah (lebih dahulu)!" Maka setelah mereka melemparkan,mereka menyihirkan mata banyak orang dan menjadikan banyk orang takut kerana mereka memperlihatkan sihir yang yang hebat (menakjubkan)."

Selain itu sihir boleh mencerai beraikan pasangan suami isteri (bergantung dengan izin Allah). Ia terbukti dalam surah al baqarah ayat 102. Di samping itu, dalam surah al-Falaq juga ada menyatakan bahawa kita sangat perlu pada perlindungan Allah swt daripada terkena penangan sihir ini. Hal ini kerana, Rasulullah saw juga pernah disihir oleh seorang yahudi dan Jibril mengubati baginda.

Mari kita kembali ke zaman Firaun. Piramid yang dibina pada masa itu menimbulkan tanda tanya kepada pengkaji sejarah kerana ia begitu unik dan pembinaanya sangat mengkagumkan. Kerana itu ia adalah salah satu benda ajaib di dunia. Setelah mengkaji, ahli sejarah berpendapat terdapat kemungkinan bahawa piramid dibangunkan dengan kuasa sihir. Bayangkan satu bongkah piramid yang sangat besar itu bolehkah manusia terdaya mengangkatnya??? bukan satu tapi beratus bongkah....

Adakah ahli sihir atau tukang sihir itu boleh dibunuh?

Menurut Abu Bakar al-Jassas menyatakn bahawa para ulama salaf dengan sepakat (ijmak) tentang keharusan seorang ahli sihir itu dibunuh (hukum mati).

Di alam Melayu kita ini sebelum dan selepas Merdeka juga masih ada (ramai) yang menggunakan khidmat tukang sihir ini bagi melakukan sesuatu. Nauzubillah....Menurut seorang pemimpin british yang pernah menjajah di negara kita dalam tulisannya mengatakan bahawa

" pemimpin melayu adalah banyak menggunakan perkara-perkara khurafat dalam kehidupan harian mereka.."

SURAH AL FATIHAH


Salam ukhwah...hari ini 24 hb 2010 bersamaan hari Jumaat 18 Muharram 1432 H..Jadi ana rasa sesuai sangat untuk menulis entri berkaitan dengan al quran..Ayuh baca, sahabat!


LATAR BELAKANG SURAH AL FATIHAH

~diturunkan di Mekah Al Mukarramah.

~ia mengandungi 7 Ayat.

~Al Fatihah bermaksud fatihatul kitab yakni bermaksud al Quran dibuka dengan surah ini

~mengandungi maksud asas al Quran seperti pujian, uluhiyyah, dan rububiyyah, doa, sejarah,

tingkatan manusia yang bahagia dan celaka.

~ia juga ialah as-sab'ul mathani (tujuh yang berulang-ulang dibaca dalam solat)

~menurut al qurtubi, nama lain bagi surah ini ialah al-syifa' (penawar), kafiyah (yang lengkap),

al-asas (pokok dasar) dan al-hamd (pujian).


KELEBIHAN SURAH AL FATIHAH

~surah teragung dalam al Quran.

~surah yang terdapat dalam kitab-kitab selain al-Quran.

~surah yang tidak pernah dianugerahkan kepada rasul selain Nabi Muhammad saw.

~doa akan dimakbulkan oleh Allah apabila membacanya.

PERSOALAN

~adakah basmallah itu daripada al-Quran?

JWPN: semua ulama' bersepakat basmallah itu daripada al-Quran dan berdasarkan surah

al-naml ayat 30.


~adakah basmallah daripada al-fatihah?

JWPN: Mazhab syafie - ia termasuk dari setiap surah kecuali surah at taubah

Mazhab maliki - ia bukan dari surah al fatihah dan surah lain

Mazhab hanafi - ia ialah ayat yang memisahkan antara surah (bukan surah al fatihah)

RISAUNYA........



Salam 'alaik semua.......selawat dan salam buat Rasulullah saw, keluarga dan sahabat baginda...

Semalam 10 Muharram, banyak peristiwa bersejarah dalam Islam yang berlaku..ana tak mahu bercerita tentang itu dalam entri ini. Ana hanya mahu semua pembaca entri ini meletakkan kerisauan anda pada tahap maksimum. Mesti tertanya-tanya kenapa..



Sebenarnya tadi ana membaca akhbar. Banyak sangat kes-kes teruk especially yang berkaitan dengan law la. Kita mesti risau kerana jenayah makin meningkat, kemalangan semakin menjadi-jadi, kadar perceraian juga meningkat.Kekasih bunuh kekasih, suami bunuh isteri, kemalangan ngeri yang kadang-kadang diluar jangkaan, kemiskinan tegar yang tidak dapat dibasmi, dan banyak lagi....Sebagai pelajar law, ana dah lihat pelbagai kejelekan dalam kes-kes yang diputuskan. Cukuplah kes bunuh ana ambil contoh, macam-macam cara orang membunuh, senjata jangan tanya lah...

Risau kita semua perlu dalam hal-hal ini. Kadang kadang ana lihat rata-rata student banyk yang tidak mempedulikan akan hal yang besar berlaku ini. Pengaruh barat masuk perlahan-lahan pun tidak disedari, yang paling teruk pula ialah pengaruh yahudi illuminati yang berbahaya. KALIAN MESTI INGAT YE BAHAWA LADY GAGA DAN JUSTIN BIBIER ADALAH IKON ILLUMINATI. jangan terpengaruh dengan lagu-lagu berunsurkan 'syaitan' mereka itu.

Dalam ekonomi sekarang yang boleh dikatakan merudum, maka yang kaya tetap lah kaya dan yang miskin pula bertambah miskin kerana korupsi yang melampau. Ahli politik main kotor dan taktik memfitnah terus dimainkan lagi...agaknya sampai bila ye?sampai org luar jajah kita balik????masa tu baru nak fikir kesatuan hati susahlah sikit.....Para pemimpin tunjuk ego masing2, gagasan yang dibawa pun bukan buat bersungguh-sungguh. sekadar melaung-laung macam melaung di atas bukit yang tiada orang apa gunanya!BANYAKLAH PENIPUAN KEPADA RAKYAT DILAKUKAN......

Ya Allah..selamatkan Malaysiaku!

MARI NYALAKAN RINDU PADA RASULULLAH

........aku merintih pula pada kekasihku Rasulullah saw, satu-satunya manusai mulia yang aku harap bertemu dalam hidup ini. Aku muslim! Walau apa jua keadaan, aku tetap muslim! Itu jerit hatiku yang selalu meraung-raung hanya ketika iblis mempermainkan jiwaku. Pada Allah swt dan RasulNya aku mengadu peritnya penderitaan ini..Setiap persoalan yang bermain dalam benak pasti ku jawab dalam hati penuh pilu, "Jika Rasulullah saw masih ada, aku langsung akan mengembara bertemunya untuk bertanya memperoleh kepastian.."

Aku menelusuri kisah Bilal. Muazzin Rasulullah saw bagi azan pertama. Saidina Bilal banyak kenangan bersama Rasulullah, jiwanya tak menentu pabila tinggal di Madinah setelah wafatnya Rasulullah saw. Beliau lalu berpindah, beralih ke negeri lain tapi kenangan bersama kekasih itu tak bisa beliau lupakan sama sekali. Sesaat pun tidak! Namun, bila dipanggil pulang ke Madinah beberapa tahun selepas itu, maka sekali lagi air matanya gugur ke bumi Madinah mengingatkan baginda. Beberapa sahabat menyuruhnya melaungkan azan tapi beliau enggan, lantas pabila dipujuk cucunda rasul, tak mampu lagi beliau menolak. Laungan azan sambil air mata yang tertahan tahan akhirnya merembes jua membuatkan penduduk Madinah keluar ke laman rumah bagi memastikan itukah Muazzin Rasulullah saw. Rindunya kami ummatmu padamu wahai penghulu segala Nabi dan Rasul!

Ya Rasulullah..
Setiap hari tidak lain doaku agar aku dipertemukan denganmu. Aku mahu pastikan masa ku manfaatkan di makammu nanti menjadi momen paling indah dalam hidupku. Aku mahu ke sana, mahu bersihkan diri sebelum ke sana. Ya, mungkin sahaja sebelum ini aku kotor penuh debu penuh jijik...tapi aku janji nanti aku pulang padaMu dan RasulMu tanpa kotoran, bersih. Mahu pakai pakaian iman..

Aku buntu memikirkan masalah umat Islam kini yang kian parah. Makin membarah keadaannya.

Aku merinduimu,
rindu walau tak pernah bertemu,
rindu itu seperti salju,
dingin mendamaikan aku,
wahai rasulku, kekasih hatiku,
Kau juga merindui generasiku kini,
walau kami terbeban dosa,
walau kami lupa akan mu,
walau kami tak amalkan sunnahmu...syafaatkan kami..