kurnia Allah yang ditunggu-tunggu





Salam sahabat-sahabat semua..selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi saw, keluarga dan sahabat baginda..Allahu akbar!

Di Jordan sekarang jam 8 setengah pagi.alhamdulillah, subhanallah, Allahuakbar! Itu saja yang terpacul di mulut tatkala kurnia Allah itu muncul...apakah itu? Alhamdulillah kurnia Allah itu adalah salji...

ketika mana ana berasa sedih yang teramat kerana tidak dapat menyertai family di saat ini untuk menunaikan umrah dan ziarah, Allah beri satu kegembiraan iaitu dengan turunnya salji di depan rumah. Subhanallah!

Jadi sesabar mentari itu



Assalamu'alaikum wrt...selawat dan salam buat junjungan besar kekasih hati rasulullah saw, keluarga dan sahabat baginda. Buat semua pejuang Islam dan daie yang bertebaran di dunia ini, tanpa kalian hilanglah seri dunia ini....

Lama sudah tak meng'update' blog ini. Setelah dicongak-congak usianya, wah! hampir 3 tahun rupanya..alhamdulillah..moga sepanjang masa itu, ia dapat memberikan manfaat yang pelbagai kepada semua. Insya Allah! Alhamdulillah dengan izin yang Maha Kuasa, dapat juga ana kembali ke bumi Jordan untuk menyambung pengajian sesi 2012/2013. Terlalu banyak pengalaman suka dan duka yang terjadi dan ada antaranya dapat ana kongsikan di blog ini, alhamdulillah syukur!

Menuntut ilmu di tanah arab (sama ada jordan , mesir dan lain2) memang memerlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi. Daripada peristiwa berurusan dengan orang arab sehinggalah masuk ke kelas dalam keadaan terpinga-pinga (kerana pensyarah yang mengajar bercakap lughah 'ammi)..tetapi dalam peristiwa-peristiwa begitu yang menjadikan diri kita matang dan lebih kuat berusaha demi menguasai sesuatu subjek. Mungkinlah kita tidak akan mendapat result secemerlang di Malaysia dahulu, akan tetapi perkara inilah yang membuatkan kita jangan mudah rasa selesa dengan sistem pembelajaran di tempat sendiri. Alhamdulillah, semakin jauh perjalanan semakin luas pemandangan dan pengalaman dan bertambah ilmu pengetahuan.

Dan yang paling penting setelah berusaha dengan semaksimum mungkin, jangan lah pula lupa untuk berdoa dan bertawakal kepada Allah swt. Tanamkan sifat redha dengan apa jua keputusan yang mendatang, bersangka baik dengan Allah swt juga merupakan perkara yang dituntut dalam agama. Niat yang paling utama, niat perlu ikhlas menuntut ilmu kerana mencari MARDHATILLAH..jangan cemari niat dengan perkara-perkara yang tidak baik; contohnya niat datang ke Jordan sebab ikut kawan atau sebagainya..oleh kerana itu, perlu tajdid niat setiap hari kalau boleh..Allah Maha Mengetahui hati hambaNya yang benar-benar mencari ilmu.

"semoga kita semua, para pencari ilmu sekalian menjadi sesabar mentari yang setia memberi cahaya dan kehangatannya untuk manusia, tumbuhan dan haiwan hatta manusia sentiasa merungut jika ketiadaanya mahupun keberadaannya setiap hari............."

trailer sang pencerah



Promote Sang Pencerah sekejap....meh tengok sat.......=)

FILEM SANG PENCERAH HIDUPKAN JIWA DAIE

Salam 'alaik.....selawat dan salam buat kekasih hati junjungan besar Rasulullah saw, semua para daie ummat ini yang bertebaran di dunia ini......tanpa kalian hilanglah seri dunia ini....




Post kali ini adalah khas dibuat untuk tatapan semua berkaitan filem sang pencerah. Alhamdulillah selesai sudah ana tonton 2 minggu lepas. Memang mengesankan jiwa! Daie-daie yang memerlukan spirit perjuangan ulama' perlulah menonton filem ini. Insya Allah akan ada banyak ibroh yang kita dapat insafi apabila merasa lemah. Allahuakbar. ..


Seperti juga filem Sang Murobbi, Sang Pencerah merupakan sebuah filem Indonesia yang berkisahkan kehidupan ulama' di sana yang menempuh ujian dan cabaran yang sangat hebat sehinggakan suatu ketika rasa putus asa itu datang. Berbekalkan kesabaran dan didampingi seorang isteri yang tabah dan sentiasa mendukung perjuangan suaminya, Haji Ahmad Dahlan akhirnya mengharungi jalan dakwah ini untuk menjadi mujadid Islam di daerahnya. Beliau juga mempunyai pengikut dan anak murid yang sangat setia. Kisah ini adalah kisah benar berkaitan dengan pendiri sebuah pertubuhan Islam bernama Muhammadiyah.Berlatar belakangkan Jogjakarta tahun 1867-1912.

Menyoroti kisah hidupnya, beliau merupakan anak seorang ulama' sekaligus khatib di daerahnya. Sejak kecil lagi beliau melihat kehidupan masyarakat yang terpesong dari cara hidup Islam sebenar seperti upacara khurafat dan adat yang keterlaluan. Beliau adalah pendamping orang-orang miskin dan faqir. setiap hari di kelas pengajiannya, beliau akan menyuruh murid-muridnya membaca surah al-ma'un.Kerana setiap hari hanya dibaca surah al ma'un,ada seorang muridnya meminta untuk dibacakan surah lain pula, namun jawapan yang beliau berikan sangat mudah:


"sudah berapa banyak anak yatim dan orang miskin yang kamu santuni?" Setelah itu muridnya itu memahami dan terus kembali membaca surah al-ma'un.




Kisah tentang pertama kali beliau mengajar pendidikan Islam di sekolah belanda juga sangat menarik. Ketika itu beliau hanya diberi peluang sekali sahaja untuk menunjukkan bahawa mata pelajaran pendidikan Islam ini boleh diterima para pelajar di situ. Di dalam filem ini para daie perlu melihat bahawa skop Islam dan dakwah bukanlah sempit dan gelap serta pelampau. Dakwah ini merupakan sesuatu yang menarik dan bagaimana ia menjadi menarik? Itulah tugas daie yang berusaha mencorakkannya..=)

Daripada masalah khurafat masyarakat, arah kiblat yang tidak benar sehinggalah timbul beberapa konflik apabila beliau menukar jubahnya kepada pakaian biasa. Beliau juga dianggap kafir dan madrasahnya dirobohkan.....semuanya serba menarik dalam filem ini.! insya Allah jika kita mengambil iktibar dan semangat..Takbir!


Agak-agaknya bila lah Malaysia nak buat filem tentang ulama' pula ye?? Asyik-asyik kisah cinta yang membuai perasaan manusia supaya jauh dengan agama sahaja yang dipertontonkan.......



p/s: maaf, tak ada link nak download filem ni. Ana ambil pada sahabat-sahabat. =)

Jangan bersedih sahabat! Gagahkan diri!



Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah saw, keluarga dan sahabat baginda....para pejuang Islam di seluruh dunia dan adik-beradik seakidah sefikrah. Assalamu'alaikum wrt.....




Menangis, sedih, gembira, marah, kecewa merupakan rutin dalam hidup kita. Tekanan hidup, keperluan yang mendesak dan kesibukan yang terlampau kadangkala menyebabkan kita lupa pada Allah. Lupa untuk mengadu kesedihan, kemarahan, ke 'stress'an, dan apa sahaja pada Rabb kita. Sedangkan segala sesuatu yang berlaku adalah datang dariNya. Astaghfirullah....




Sahabat-sahabatku yang dikasihi Nabi saw, dengan kita mengadu dan merintih serta bersujud pada Nya, tahukah kita bahawa ia dapat mengurangkan segala resah gelisah yang menyelubungi hati. Ujian diberikan untuk jadikan kita kuat demi yang Maha Kuat! Pada ketika itu menangis lah semahunya, Allah Maha Mendengar rintihanmu, kalian! Setiap masalah dan badai ujian walau sedahsyat mana pun ia, berbaliklah kepada Allah. Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.




Gagahkan diri menjadi yang terbaik di pandangan Allah..Seperti kata-kata dalam filem 'sang pencerah' yang baru ana tonton:




"seorang pemimpin yang baik di pandangan Allah tidak akan pernah meninggalkan keluarganya apatah lagi ummatnya..."




Ayuh, tegarkan diri menjadi insan yang terbaik dari segala aspek, ukhrawi dan duniawi...kesatlah airmata semalam yang jatuh. Bina kembali semangat dan jati diri. Iman yang kelmarinnya pudar, gilapkan semula. Padamkan garisan duka di wajah dan ukirkan senyuman. Agar dirimu menjadi kebanggaan agama dan supaya tidak sia-sia pengorbanan Rasulullah saw...




siiru 'ala barakatillah.

Akademi Khaulah al-Azwar........

Pada semua ahli-ahli akademi khaulah al-azwar.....nantikannya! Kami akan menggempur pemikiran anda semua......





~tabah sepertinya, hebat sepertinya, mari ikut jejak langkahnya.......~

JOM PUASA!



Assalamu'alaikum wrt....






sahabat-sahabat dimana sahaja kalian berada.Di utara, timur, barat dan selatan....didoakan moga kalian sentiasa dalam naungan Allah..






MAY YOUR ATTENTION PLEASE! =)






esok (9 muharram dan 10 muharram) jom pakat ramai-ramai kita berpuasa. Jom sahabat-sahabat...! boleh iftor sama-sama untuk mengeratkan lagi ukhwah di antara sesama muslim....