Ke Korea Kita (4)...part 2

~Bismillah walhamdulillah wallahuakbar~

sambungan....ke Nami Island (Naminara Republic)


Hai semua! Aku nak sambung balik perjalanan ke Nami Island yang tertangguh. So, kami bertolak dari Seoul ke Nami Island kira-kira tengah hari juga dan sampai di jeti (x de la macam jeti sangat). Waktu tu aku dah nampak pokok-pokok yang bermacam kaler di sepanjang tempat jeti dan di pulau nami tu (pulau tu boleh nampak dari jeti sebab sekejap je naik bot besar). Sebelum naik ke bot, tour guide kami beri sorang satu pamplet nami island pada semua sebagai rujukan tempat-tempat menarik kat sana.



Maka, sesampainya bot di jeti kami pun naik dalam masa 10-15 minit sahaja dan...tadaaa...dah sampai...



Keindahan nami island ketika autumn~



Masa sedang dalam perjalanan ke restoran, kami nampak sekumpulan budak tadika yang sedang berpimpin tangan, maybe diorang ni tengah pergi rombongan ke nami Island ni..comel sangat... ^_^




Okay, sebelum kami dibenarkan buat aktiviti secara bebas, tour guide bawak dulu mengisi perut di sebuah restoran halal di nami island ni. Restoran ni menarik sebab dua tingkat. Tingkat atas ada surau, tempat wudhuk, manakala toilet di tingkat bawah. Ada jugak dalam bangunan ni bahagian kanak-kanak (kids zone) maybe untuk anak-anak yang menunggu parents solat atau makan. Selesa sangat tempat ni, seriusss....! So, kami dapat jamak taqdim zohor-asar serta lunch....yum yum.. kat sini aku dapatlah merasa mee korea (noodles with black soybean sauce).....semangkuk besar boleh kongsi 2 orang, ya Allah kenyang alhamdulillah....

So, aktiviti bebas pun bermula.......


Memori cinta dalam drama winter sonata~


Safiyya memang seronok jumpa gelongsor


Lorong yang cantik ini memang boleh buat photoshot


Aiskrim dulu setelah kepenatan kayuh basikal di nami island



hello squirrel!


Finally, dapat jugak naik basikal di nami island!




coffee~~



Terdapat kubur seorang panglima nami 


cantikkan? ^_^


Dedaun yang berubah warna ni mencantikkan suasana di nami island




Selama berada di nami island, bagi aku keindahan yang memukau merupakan antara faktor pelancong akan kembali datang ke sini lagi (selain daripada faktor drama winter sonata tu). Sebab setiap musim nami island memang mempunyai pemandangan yang berbeza cantik..feeling autumn in my heart betul~ 

Selepas habis di nami island, kami bergerak pulang ke Seoul untuk dinner hari terakhir di Korea. Kami dihidangkan dengan makanan korea iaitu tteokbokki dengan ramen. Tadaaa!!!



kimbap pun ada..tapi sayangnya aku tak boleh makan sebab dalamnya ada isi seafood


Restoran ini pernah menjadi kunjungan ramai artis-artis korea antaranya ahli running man. Macam mana aku tahu? Sebab di depan pintu masuk restoran ini ada banyak gambar + tandantangan dan ucapan daripada diorang semasa mengunjungi restoran ni.  




Alhamdulillah sudah selesai dinner, apa lagi...pulang ke guest house untuk kemas beg dan rehat. Tapi family aku, family shikin dan beberapa orang dalam trip kami memilih untuk shopping last malam tu di myeongdong street untuk beli lebih banyak barang (ruginya tak beli banyak lagi !__!). Beg memang buncit la lepas tu...aku sampai tidur lewat untuk adjust beg bagi muat semua barang..hehe..okay, next post aku sambung pulak hari last kami di Korea...~

:: rindunya nami island ::

Ke Korea Kita (4)...part 1

Bismillah walhamdulillah wallahuakbar,
17 Okt 2017, Selasa (Hari keempat )



Anneonghaseyo semua! Maaf, lambat update yang hari keempat, masih ada urusan konvo yang harus diselesaikan. Oklah, sambung kepada main topic iaitu perjalanan hari keempat di Seoul. Seperti biasa kami akan berkumpul jam 8.45 pagi di hadapan guesthouse untuk menunggu bas. Hari ini kami akan ke pulau Nami (Naminara Republic) tapi sebelum tu kami akan melawat beberapa tempat di tengah bandar Seoul dahulu seperti di Muzium King Sejong dan Cheonggyecheon Stream. 2 tempat ni memang menarik dan cantik. Bagi aku yang merupakan pelajar tamadun dan sejarah ni memang menunggu-nunggu saat untuk pergi muzium..hehe..



I love to read this....kronologi sesebuah peristiwa..






Turun je dari bas, kami diberi peluang untuk meronda-ronda di sekitar 2 tugu ini (King Sejong dan Laksamana Yi Sunshin). Kelihatan beberapa aktiviti diadakan di tengah-tengah kota metropolitan tersebut. Di sebelah kanan ku terdapat Perhimpunan aman tentang kes kapal karam yang bawa pelajar sekolah tu (kes tu dah lama tapi still mereka nak fight for change the law, ini info dari tour guide kami) dan di kiri ku ada event macam wedding tapi semua pengantin adalah mereka yang dah agak tua (maybe mereka buat sanding ramai2 kot untuk raikan anniversary diorang).


Tugu King Sejong yang sangat besar.  


Tugu Laksamana Yi Sunshin


Sebelum masuk of course kena dengar penerangan dan bagi masa round muzium ni kan. So kitorang diberi masa 1 jam untuk masuk dan tengok khazanah dalam muzium ni. Aku rasa excited untuk ambil  gambar semua catatan dan semua dokumen dalam ni. Difahamkan dua tokoh ini sangat penting dalam sejarah perkembangan Korea. Mereka menyumbang dalam bidnag pendidikan iaitu tulisan dan juga ketenteraan. So, jom kita masuk!!






Safiyya and potrait of King Sejong 





Aku sempat membeli beberapa cenderahati dari situ. Puas hati dapat melihat tinggalan sejarah di muzium tersebut. Next destination ialah cheonggyecheon stream. Ia berada di tengah-tengah bandar dan sangat nyaman dapat berehat di situ. Aku ambil peluang untuk bersantai beberapa ketika di tepian air yang mengalir deras sambil merakam video untuk tatapan anak-anak murid traveler to be (ain, sheera, hani, madi)..aku lihat penduduk tempatan dan pekerja pejabat di sekeliling sedang duduk berehat dan berbual di sepanjang stream. .tenang suasananya, sesuai sangat untuk melepaskan lelah lepas kerja....huuu~~~






See? cantikkan?


seronoknya tengok diorang berhenti rehat di sini...sambil berbual dengan kawan dan minum kopi...


Okay, selepas ambil gambar di sini kami gerak ke bas untuk teruskan perjalanan ke Nami Island. Jauh jugakla dari bandar Seoul ni. So, aku akan cerita dalam part 2 nanti sebab banyak sangat gambar yang menarik aku ambil...okay, jumpa nanti!

:: miss the moment ::