Mencari semangat, pulih seketika sahabat!

Bismillah walhamdulillah Allahuakbar...

Selawat dan salam buat junjungan besar kekasih hati, rasulullah saw keluarga dan sahabat baginda....moga kita semua menjadi penegak agama Allah! In shaa Allah di kemudian hari....

Sahabat yang dikasihi kerana Allah,

Bila bercakap tentang exam @ peperiksaan @ imtihan, kita semua tidak lari dari 2 perkataan iaitu LULUS atau CEMERLANG. Di sini ana bukanlah mahu mengulas tentang tips dan rahsia kejayaan, bukan juga mahu menghuraikan panjang lebar apa makna dua perkataan di atas. Tapi kadang-kala pernahkah kita terfikir tentang hal peperiksaan ini dan kaitan dengan agama kita? Lebih tepat lagi aqidah kita!

"Aku dapat 11 A lah, ni semua usaha aku selama ni! "

"alamak, dapat sikit je. Baik tak payah belajar macam ni!"

"alhamdulillah 'ala kulli hal. dapat apa pun syukur.."

Kita....kita di situasi mana ye setelah memperoleh keputusan peperiksaan? tepuk dada, tanya iman. ^__^

Sahabat yang dirahmati Allah,

Terkandung dalam rukun iman, beriman dengan qada' dan qadar, samada perkara baik dan buruk. Akidah kita boleh terhakis sedikit demi sedikit kerana sebab remeh ini. Tidak di nafikan result yang gempak, yang baik adalah idaman setiap dari pelajar dan mahasiswa. Tetapi bukan ukuran itu kan yang Allah lihat..



Nah! Allah bagi peringatan pada kita semua..Ana ada dua cerita yang ingin dikongsikan buat kalian semua.

Suatu hari ana gagal dalam menjawab soalan peperiksaan walaupun telah membaca dengan baik. Lantas dengan kesedihan yang menggunung, ana menaip mesej pada umi di Malaysia dengan harapan beliau dapat memberikan semangat. Beberapa minit berlalu dan umi membalas mesej dan menyebabkan air mata menitis. Mesej umi berbunyi :

"umi doakan dapat jawab soalan dan lulus cemerlang, jangan sedih-sedih, itu baru soalan kat dunia, dalam kubur nanti lagi takut. Umi tak marah.."

Masya Allah. Terima kasih umi kerana 'menampar' anakmu supaya tidak terjerumus dalam penghakisan akidah dalam hati ini. Redha, dan Allah akan sentiasa memberi. =)

Ana terimbau peristiwa bersama abah selepas mendapat keputusan PMR. walaupun keputusan memuaskan tapi masih ada 2B dalam slip peperiksaan. Abah tenang sahaja menyambut keputusan tiba di tangan lantas memeluk ana gembira. Sepanjang perjalanan, abah tak putus-putus mengucapkan syukur dan ana pula tak henti bertanya pada abah dengan pertanyaan :

"tak pe ke abah keputusan macam ni?"

"Allah, keputusan ni cemerlang, abah nak buat sujud syukur. " kata-kata abah membuat hati makin sedih.

"tapi abah, tak dapat penuh 9A.."

"kalau anak abah dapat 1A pun, abah akan sujud syukur. Bila kita dah buat yang terbaik, serah pada Allah..itu kerja Dia.." sekali lagi kata-kata abah membuat resah. Buat beberapa ketika ana senyap dan bersuara kembali.

"tak pe ke abah keputusan macam ni?"

Abah senyum pada ana lantas menjawab dengan jawapan yang tidak pernah akan ana lupakan seumur hidup.

"keputusan peperiksaan dapat rendah tak pe, abah lebih risau kalau anak-anak abah tak tutup aurat, tinggal solat, derhaka cakap ibu ayah dan derhaka pada Allah.." Jawapan itu lembut menusuk ke dasar hati, Allah! cepat-cepat hati mengucapkan syukur.

Sahabat-sahabat,

apa yang ana maksudkan di atas bukanlah membantah keras untuk berjaya dalam peperiksaan. Mahasiswa atau pelajar ada hak untuk berjaya dan cemerlang dalam menuntut ilmu tapi tawakal di sisi jangan dilupakan. Dalam setiap perkara sejauh mana pun kita merancang, berbaliklah pada Dia, Al-Khaliq yang Maha Merancang. Kerana apabila perkara yang dirancang bukan didasari dengan iman dan taqwa kepadaNya, kita pasti akan kecewa teramat sehingga melupakan Dia.

Ingatlah, Dia menguji hambaNya yang mampu, Dia juga memberi pada hamba yang meminta. Janganlah kita berjaya dalam murka dan derhaka. Pintalah padaNya, usahalah sedaya mungkin..kejayaan menantimu! ^_^

~menasihatkan diri sendiri juga~

:: BERJAYA UNTUK UMMAT ::

reformasi! ~

Salam sesegar pagi Jumaat barakah...Salam perjuangan buat pejuang Islam yang tidak henti-henti untuk menebarkan Islam dan memenangkan Islam ke pelososk dunia. Alhamdulillah.

Maaf pada kalian semua, blog sudah lama bersawang. Rasa kekok pula pabila menulis. Sebenarnya pelbagai catatan dan pengalaman yang ingin saya kongsikan tetapi kerana kepadatan waktu dan kesempatan yang tiada, akhirnya blog dibiar usang. Maaf! ^_^ In shaa Allah bakal istiqamah dalam menulis mulai hari ini.

Masa berlalu begitu pantas rupanya, hampir tidak sedar kurang dari setahun lagi bumi anbiya' ini akan saya jejaki. Ilmu masih belum cukup, masalah yang melingkari masyarakat semakin banyak. Terasa kerdil diri jika mahu pulang ke tanah air tercinta, Malaysia. Tahun ini, 2013 merakam detik yang ditunggu buat sesiapa yang dahagakan keadilan dan reformasi buat lanskap politik negara. Dari kejauhan bumi anbiya' ini, saya melihat keasyikan para ahli politik melakukan 'saraf' sehinggakan ada yang tidak masuk akal. Harap-harapnya kita akan mengamalkan politik secara matang dan bermaruah. Janganlah lagi memainkan sentimen peribadi dengan memfitnah perkara yang mengaibkan maruah orang yang tidak bersalah. Semoga perjuangan Islam menang di kertas undi dan pandangan Allah!

Salam reformasi buat sahabat-sahabat di Malaysia, kami mendoakan di sini! Parlimen sudah dibubarkan, lakukan undian dengan tepat, selamat mengundi....

peace.no.war !