SELAMAT TAHUN BARU MASIHI

Selamat sejahtera semua. tak kira Muslim or non muslim. Dah masuk tahun baru masihi 2011 rupanya. Ana baru balik dari mengedar risalah di bandar yang penuh sesak orang tadi, semua nak sambut tahun baru masihi katakan...dalam suasana hujan renyai-renyai ana dan sahabat-sahabat redah juga dalam lautan manusia untuk menyampaikan sedikit 'cenderahati' sempena tahun baru yang tiba.


Alhamdulillah kebanyakan yang didatangi ana, memberikan respon yang baik. Tak kurang yang hanya masam sahaja muka mereka. Tapi tugas sebagai daie, mana mengira suka atau tidak mad'u pada hal yang ingin disampaikan. Sebelum ana menyampaikan risalah, kami berkumpul di rumah anak yatim (untuk melawat dan jumpa adik-adik yang sangat baik!). Beberapa jam sebelum itu, ana ke kedai buku feveret untuk membeli beberapa buku-buku yang hendak dijadikan rujukan. Kali ini buku yang tebal-tebal (ala-ala kitab) menjadi pilihan.



Baiklah..ana harap tahun baru ini kita menjadi hamba yang soleh, solehah. kita menjadi Hamba yang dicintai oleh Allah.. yang tidak pernah kalah dan leka dengan dunia....amiin...

DARI BEIRUT KE JERUSALEM


Salam 'alaik semua....selawat dan salam atas kekasih junjungan Rasulullah saw, keluarga dan sahabat baginda.. kepada semua pencinta kebenaran, keadilan dan pencinta buku...=) Buku bertajuk 'Dari Beirut ke Jerusalem' menarik perhatian ana semalam ketika sedang membelek gambar dalam kamera. Hmm, sebuah buku yang sangat kena dengan jiwa ana. Salah satu jenis buku yang ana paling suka adalah buku yang seperti diari orang..ya, catatan perjalanan seseorang! Ana mula membacanya dalam bulan 7 dan tamat pada bulan 11..4 bulan rupanya! Abang ana suka complain tentang cara ana membaca (lama sangat baca buku), tapi ana memang begitu kerana ana perlukan penghayatan kepada setiap jalan cerita dan setiap fakta yang dikemukakan. Supaya semua isi dapat dicerna dengan baik.


Buku ini sedikit sebanyak membuka mata dan telinga ana tentang Palestin dan Lubnan serta kekejaman Israel dan sekutunya dalam isu Palestin. Boleh dikatakan kerana sebilangan kecil manusia seperti Dr Ang Swee Chai dan sahabatnya (serta semua aktivis palestin)maka adanya sedikit ruang buat orang-orang awam mengetahui apa itu PALESTIN..dalam buku ini diceritakan pengalaman Dr Ang dalam peristiwa berdarah iaitu pembunuhan atau lebih tepat lagi penyembelihan beramai-ramai di Shabra dan Shatila. Dunia bisu pabila Israel menodai kem-kem pelarian yang menempatkan orang-orang yang tidak berdosa.Istilah kejam sesuai buat Israel laknatullah!!


Buku ini walaupun dari sisi pengalaman seorang doktor tetapi ia dilihat seperti pengalaman seorang aktivis atau tentera atau juga seorang rakyat palestin. Hal ini kerana pengalaman Dr Ang sendiri dipenuhi dengan 'aktiviti lasak' selain sudah biasa mendengar dentuman bom dan bunyi senapang dan pistol. Nasib baik beliau tabah....Usahanya tidak sia-sia kerana para pencinta keamanan ramai di luar Palestin dan Lubnan malah usaha mereka tidak pernah berhenti untuk keamanan sejagat. Walaupun ana tahu sudah ramai yang membaca atau memiliki buku ini, tapi ana yakin masih ramai yang belum mengulitinya.


**kepada semua pencinta keamanan bolehlah ambil peluang cari buku ini**
~from Malaysia with love~
WALLAHU'ALAM

Malaysia menang 3-0


Salam 'alaik semua...sekarang sudah lewat. Jam menunjukkan pukul 12.52 pagi, 27 dis 2010. Tadi di kafe kampus, riuh rendah pelajar lelaki yang fanatik bola meraikan kemenangan bergaya Malaysia ke atas Indonesia dalam perlawanan bola sepak.


Ana tak adalah fanatik bola sepak tapi cuma sengaja menulis entri ini sebagai tanda mengikuti perkembangan semasa negara. Ana terbaca harakahdaily sebentar tadi, itu yang tahu. Seperti dalam ulasan harakahdaily, ia menyatakan gol dihasilkan atas jaringan oleh Safee Sali pada minit ke 60 dan 72. Manakala Asaari Shamsudin pada minit ke 67.


Diharapkan tiada perbuatan "hooliganism" dalam perlawanan tadi dan yang akan datang khabarnya akan diadakan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.
Bercerita tentang permainan bola sepak, benarkah permainan bola sepak ini adalah dicipta oleh orang kafir bersempena dengan peristiwa menyayat hati di Karbala?Yang mana cucu Rasulullah saw, saidina Husain yang dipenggal kepalanya dan disepak...benarkah?? sesiapa yang ada info dan maklumat kukuh tentang sejarah bola sepak bolehlah share di blog ana...sama-sama kita sebarkan ilmu..
wallahu'alam.

SIHIR ATAU SILAP MATA....

Salam 'alaik semua pembaca..hari ini mari kita kupas tentang tajuk sihir pada pandangan al Quran. Biasa kita dengar tentang ini, kan? Pada sesetengah orang, ada yang tidak percaya tentang sihir, tak kurang yang percaya melebih-lebih sehingga melakukan amalan khurafat. Mungkin ada yang pernah mengalaminya atau pernah ahli keluarga yang kena. Di tv misalnya pelbagai corak dan gaya orang yang tunjuk silap mata, adakah itu salah satu sihir?

Baiklah semua, duduk dulu..tarik nafas...


Dalam surah al-Baqarah ayat 102 ada dinyatakan tentang sihir. Hakikat sihir ada dua pendapat. Pertama, pendapat dari jumhur ulama' yang mengatakan bahawa sihir itu adalah hakikat yang memberi kesan. Manakala pendapat kedua daripada kumpulan Muktazilah yang menyatakan bahawa sihir itu tidak mempunyai hakikat serta hanyalah penipuan.
Terdapat 4 jenis sihir iaitu:

~ sihir secara ilusi dan penipuan
~ sihir secara ramalan dan penujuman
~ sihir secara jalan adu domba dan fitnah
~ sihir secara tipu muslihat

Bukti adanya sihir dan sihir memberi kesan adalah melalui surah al-a'raf ayat 116 yang bermaksud:
"Dia (Musa) menjawab, "lemparkanlah (lebih dahulu)!" Maka setelah mereka melemparkan,mereka menyihirkan mata banyak orang dan menjadikan banyk orang takut kerana mereka memperlihatkan sihir yang yang hebat (menakjubkan)."

Selain itu sihir boleh mencerai beraikan pasangan suami isteri (bergantung dengan izin Allah). Ia terbukti dalam surah al baqarah ayat 102. Di samping itu, dalam surah al-Falaq juga ada menyatakan bahawa kita sangat perlu pada perlindungan Allah swt daripada terkena penangan sihir ini. Hal ini kerana, Rasulullah saw juga pernah disihir oleh seorang yahudi dan Jibril mengubati baginda.

Mari kita kembali ke zaman Firaun. Piramid yang dibina pada masa itu menimbulkan tanda tanya kepada pengkaji sejarah kerana ia begitu unik dan pembinaanya sangat mengkagumkan. Kerana itu ia adalah salah satu benda ajaib di dunia. Setelah mengkaji, ahli sejarah berpendapat terdapat kemungkinan bahawa piramid dibangunkan dengan kuasa sihir. Bayangkan satu bongkah piramid yang sangat besar itu bolehkah manusia terdaya mengangkatnya??? bukan satu tapi beratus bongkah....

Adakah ahli sihir atau tukang sihir itu boleh dibunuh?

Menurut Abu Bakar al-Jassas menyatakn bahawa para ulama salaf dengan sepakat (ijmak) tentang keharusan seorang ahli sihir itu dibunuh (hukum mati).

Di alam Melayu kita ini sebelum dan selepas Merdeka juga masih ada (ramai) yang menggunakan khidmat tukang sihir ini bagi melakukan sesuatu. Nauzubillah....Menurut seorang pemimpin british yang pernah menjajah di negara kita dalam tulisannya mengatakan bahawa

" pemimpin melayu adalah banyak menggunakan perkara-perkara khurafat dalam kehidupan harian mereka.."

SURAH AL FATIHAH


Salam ukhwah...hari ini 24 hb 2010 bersamaan hari Jumaat 18 Muharram 1432 H..Jadi ana rasa sesuai sangat untuk menulis entri berkaitan dengan al quran..Ayuh baca, sahabat!


LATAR BELAKANG SURAH AL FATIHAH

~diturunkan di Mekah Al Mukarramah.

~ia mengandungi 7 Ayat.

~Al Fatihah bermaksud fatihatul kitab yakni bermaksud al Quran dibuka dengan surah ini

~mengandungi maksud asas al Quran seperti pujian, uluhiyyah, dan rububiyyah, doa, sejarah,

tingkatan manusia yang bahagia dan celaka.

~ia juga ialah as-sab'ul mathani (tujuh yang berulang-ulang dibaca dalam solat)

~menurut al qurtubi, nama lain bagi surah ini ialah al-syifa' (penawar), kafiyah (yang lengkap),

al-asas (pokok dasar) dan al-hamd (pujian).


KELEBIHAN SURAH AL FATIHAH

~surah teragung dalam al Quran.

~surah yang terdapat dalam kitab-kitab selain al-Quran.

~surah yang tidak pernah dianugerahkan kepada rasul selain Nabi Muhammad saw.

~doa akan dimakbulkan oleh Allah apabila membacanya.

PERSOALAN

~adakah basmallah itu daripada al-Quran?

JWPN: semua ulama' bersepakat basmallah itu daripada al-Quran dan berdasarkan surah

al-naml ayat 30.


~adakah basmallah daripada al-fatihah?

JWPN: Mazhab syafie - ia termasuk dari setiap surah kecuali surah at taubah

Mazhab maliki - ia bukan dari surah al fatihah dan surah lain

Mazhab hanafi - ia ialah ayat yang memisahkan antara surah (bukan surah al fatihah)

RISAUNYA........



Salam 'alaik semua.......selawat dan salam buat Rasulullah saw, keluarga dan sahabat baginda...

Semalam 10 Muharram, banyak peristiwa bersejarah dalam Islam yang berlaku..ana tak mahu bercerita tentang itu dalam entri ini. Ana hanya mahu semua pembaca entri ini meletakkan kerisauan anda pada tahap maksimum. Mesti tertanya-tanya kenapa..



Sebenarnya tadi ana membaca akhbar. Banyak sangat kes-kes teruk especially yang berkaitan dengan law la. Kita mesti risau kerana jenayah makin meningkat, kemalangan semakin menjadi-jadi, kadar perceraian juga meningkat.Kekasih bunuh kekasih, suami bunuh isteri, kemalangan ngeri yang kadang-kadang diluar jangkaan, kemiskinan tegar yang tidak dapat dibasmi, dan banyak lagi....Sebagai pelajar law, ana dah lihat pelbagai kejelekan dalam kes-kes yang diputuskan. Cukuplah kes bunuh ana ambil contoh, macam-macam cara orang membunuh, senjata jangan tanya lah...

Risau kita semua perlu dalam hal-hal ini. Kadang kadang ana lihat rata-rata student banyk yang tidak mempedulikan akan hal yang besar berlaku ini. Pengaruh barat masuk perlahan-lahan pun tidak disedari, yang paling teruk pula ialah pengaruh yahudi illuminati yang berbahaya. KALIAN MESTI INGAT YE BAHAWA LADY GAGA DAN JUSTIN BIBIER ADALAH IKON ILLUMINATI. jangan terpengaruh dengan lagu-lagu berunsurkan 'syaitan' mereka itu.

Dalam ekonomi sekarang yang boleh dikatakan merudum, maka yang kaya tetap lah kaya dan yang miskin pula bertambah miskin kerana korupsi yang melampau. Ahli politik main kotor dan taktik memfitnah terus dimainkan lagi...agaknya sampai bila ye?sampai org luar jajah kita balik????masa tu baru nak fikir kesatuan hati susahlah sikit.....Para pemimpin tunjuk ego masing2, gagasan yang dibawa pun bukan buat bersungguh-sungguh. sekadar melaung-laung macam melaung di atas bukit yang tiada orang apa gunanya!BANYAKLAH PENIPUAN KEPADA RAKYAT DILAKUKAN......

Ya Allah..selamatkan Malaysiaku!

MARI NYALAKAN RINDU PADA RASULULLAH

........aku merintih pula pada kekasihku Rasulullah saw, satu-satunya manusai mulia yang aku harap bertemu dalam hidup ini. Aku muslim! Walau apa jua keadaan, aku tetap muslim! Itu jerit hatiku yang selalu meraung-raung hanya ketika iblis mempermainkan jiwaku. Pada Allah swt dan RasulNya aku mengadu peritnya penderitaan ini..Setiap persoalan yang bermain dalam benak pasti ku jawab dalam hati penuh pilu, "Jika Rasulullah saw masih ada, aku langsung akan mengembara bertemunya untuk bertanya memperoleh kepastian.."

Aku menelusuri kisah Bilal. Muazzin Rasulullah saw bagi azan pertama. Saidina Bilal banyak kenangan bersama Rasulullah, jiwanya tak menentu pabila tinggal di Madinah setelah wafatnya Rasulullah saw. Beliau lalu berpindah, beralih ke negeri lain tapi kenangan bersama kekasih itu tak bisa beliau lupakan sama sekali. Sesaat pun tidak! Namun, bila dipanggil pulang ke Madinah beberapa tahun selepas itu, maka sekali lagi air matanya gugur ke bumi Madinah mengingatkan baginda. Beberapa sahabat menyuruhnya melaungkan azan tapi beliau enggan, lantas pabila dipujuk cucunda rasul, tak mampu lagi beliau menolak. Laungan azan sambil air mata yang tertahan tahan akhirnya merembes jua membuatkan penduduk Madinah keluar ke laman rumah bagi memastikan itukah Muazzin Rasulullah saw. Rindunya kami ummatmu padamu wahai penghulu segala Nabi dan Rasul!

Ya Rasulullah..
Setiap hari tidak lain doaku agar aku dipertemukan denganmu. Aku mahu pastikan masa ku manfaatkan di makammu nanti menjadi momen paling indah dalam hidupku. Aku mahu ke sana, mahu bersihkan diri sebelum ke sana. Ya, mungkin sahaja sebelum ini aku kotor penuh debu penuh jijik...tapi aku janji nanti aku pulang padaMu dan RasulMu tanpa kotoran, bersih. Mahu pakai pakaian iman..

Aku buntu memikirkan masalah umat Islam kini yang kian parah. Makin membarah keadaannya.

Aku merinduimu,
rindu walau tak pernah bertemu,
rindu itu seperti salju,
dingin mendamaikan aku,
wahai rasulku, kekasih hatiku,
Kau juga merindui generasiku kini,
walau kami terbeban dosa,
walau kami lupa akan mu,
walau kami tak amalkan sunnahmu...syafaatkan kami..

pembentangan esok


Salam ukhwah semua...selawat dan salam buat junjungan mulia, Rasulullah saw, keluarga serta sahabat baginda.


Esok (16 disember) ana dan sahabat-sahabat bakal membentangkan satu assignment yang tak kurang mencabarnya yang bertajuk ilmu astronomi, penjelasan dalam hadith dan al quran. Masa pembentangan kira-kira 45 minit. lama juga kalau dibayangkan, tapi tawakal je. Baiklah, ana cerita sedikit dapatan daripada assignment ana.


Ilmu falak atau astronomi bererti jalan peredaran yakni peredaran bintang-bintang. Dalam surah surah yaasin ayat 40 yang bermaksud:


"Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahalui siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya.."


Dari kalangan sarjana Islam, ilmu kaji bintang terbahagi kepada dua bahagian iaitu ilmu tabie (sains) dan ilmu yang membincangkan tentang kdudukan bintang-bintang dengan kelahiran, kematian, kebahagian, kecelakaan, hujan, kesihatan, dan lain-lain. Pada zaman dahulu, orang Arab mula mengetahui bidang ini sejak zaman jahiliyyah . Mereka mendapat ilmu ini dari Greek, Parsi, India dan banyak lagi.Umat Islam mula terlibat secara aktif ketika zaman kerajaan Umaiyah dan Abbasiyyah.


Terdapat banyak lagi ayat-ayat dalam al quran yang menyatakan keadaan ciptaan ilahi di angkasa dan galaksi bima sakti kita. Bulan, bintang, angin, hujan, langit, planet dan awan semuanya mengikut arahan Allah swt untuk 'menjalankan tugas'. Alhamdulillah, ciptaan Allah ini semuanya untuk manfaat kita, makhluknya. Jadi tak seharusnya kita kufur nikmatnya, betul kan...?

ada esokkah buat kita??

Salam ukhwah semua...selawat dan salam buat Rasulullah saw kekasih hati, keluarga serta para sahabat..firman Allah swt dalam surah al-ankabut ayat 57:
maksudnya: tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).

Membaca ayat ini membuatkan kita semua gentar dalam hati. Bukankah sifat seorang mukmin itu pabila dibacakan ayat-ayat Allah maka gentarlah hati mereka. Sebenarnya sengaja ana bawakan ayat ini buat tatapan pembaca sekalian. Ayat ini baru tadi ana baca ketika selepas solat maghrib beserta dengan surah yassin. Baru semalam kampus ana menerima berita perginya salah seorang student ke rahmatullah. Jadi hari ini sengaja kami semua membacakan yassin untuk almarhum. Semoga dia ditempatkan bersama dengan orang soleh dan beriman.amiin. Rasanya sudah lama benar tidak mendengar berita kematian. Terasa sedikit insaf bila mengenangkan kematian.


Carilah hatimu di tiga tempat; pertama carilah hatimu ketika mendirikan solat, kedua carilah hatimu ketika membaca al-quran dan ketiga carilah hatimu ketika mengingati mati. Tetapi jika tidak menemui hati kamu di tiga temapt ini, maka berdoalah pada Allah agar diberikan sekeping hati supaya dapat melaksanakan 3 amalan tadi dengan tulus dan ikhlas.


Maut menjemput tiada mengira tempat, masa dan keadaan. Entah esok atau lusa, mungkin di jalanan, di padang bola, di atas katil, di medan tempur, dan banyak cara. Cuma selalulah berdoa agar diberikan pengakhiran yang baik(husnul khatimah). Amiin.


p/s: al fatihah buat umat Islam yang telah pergi.....

BATRISYAH BERSEDIH 4


Masih ingat lagi dengan post BATRISYAH BERSEDIH pada tahun lepas..asifah jiddan(maaf sangat-sangat)!masih ada sambungan sebenarnya..


Jam di dinding menunjukkan pukul 8.30 pagi. Mataku melilau mencari kelibat Batrisyah. Biasanya dia dah tunggu depan library pada jam ni. Hatiku resah memikirkan macam-macam.Bangun lewat ke, tak pun jumpa sahabat-sahabat lain.huh.Andaian terhenti sebaik sahaja ada yang menegur dari arah belakang.

"nur, sorry. tadi ana berhenti kat beberapa 'checkpoint'.." Batrisyah rupanya.lega.

Aku mengangguk faham. Perkataan 'checkpoint' sudah biasa antara kami. Kami melangkah masuk ke library dan meletakkan beg di rak. Kami ambil tempat di ruang yang lebih sunyi dan mula mencari buku-buku yang diperlukan bagi tujuan rujukan. Baru aku mahu mencapai buku perundangan syariah, terdengar buku jatuh di rak belakang. Batrisyah mahu ambil buku tebal di rak paling atas dan tak sengaja menjatuhkan buku lain.


"anti nak ambil buku mana?yang hijau tu ye?" aku lantas mencapai buku itu. Tajuknya menarik aku untuk tidak terus memberi kepada batrisyah.


"wah, bestnya!Khalifah selepas rasulullah saw dan peristiwa penting dalam Islam tajuknya..batrisyah kita pinjam lah buku ini.." aku excited.


"sebab tu lah ana ambil, nur.Dalam ini ada banyak info penting tau. ana paling teringin nak tahu pasal perang siffin." terang Batrisyah.

Aku mengangguk perlahan. Memandangkan semester ini merupakan final kami jadi sebab itulah mesti cedok ilmu banyak-banyak. Rugi kalau buat tak tahu je, bisikku dalam hati. Kami ke meja terus, mula meneroka buku itu. Pelajar makin ramai yang berada di library.Sehelai demi sehelai muka surat diselak, adakalanya kami mencatat sesuatu dalam buku catatan.

"PERANG SIFFIN & PERANG JAMAL". Pada tajuk itu kami berhenti lama. Masing-masing bermonolog dengan diri sendiri. Sebak pun ada. Tiba-tiba sahaja Batrisyah bersuara.

" antara umat Islam bergaduh, wafatnya Rasulullah saw banyak perkara yang menyedihkan."

Aku diam sahaja. Mencari ruang bagi akal berfikir dan berfikir. Sebelum ini pernah aku tanyakan hal ini pada ustaz dan ustazah. Jawapan yang diberikan sama sahaja. Jangan menghukum mana-mana pihak,perang siffin sangat susah untuk diceritakan. Mungkin.

Aku lantas menyelak ke muka surat seterusnya.Persoalan-persoalan tentang perang siffin dan perang jamal itu aku simpan kemas dalam hati. Tapi satu hari nanti pasti aku hamburkan persoalan itu pada orang yang sesuai.Tajuk akhir buku itu ialah "pembukaan kota konstantinople". Kami riang membacanya.Mood berubah 180 darjah. Semangat naik tiba-tiba.


" Mari berjihad, nur. Jadi nurse waktu perang pun takpe." senyum Batrisyah menampakkan giginya yang tersusun.


"Boleh, tapi kena ilmu penuh di dada. Tawakal tu penting. Ditambah strategi dan taqwa. Macam mana?" aku lantas menjawab.


"Insya Allah..ya Allah matikan kami dalam iman, Islam dan syahid." Doa Batrisyah.Aku lantas mengaminkan.

Aku tutup buku itu dengan perasaan bercampur-baur. Sedih paling menguasai.Aku lihat Batrisyah juga begitu. Lebih kurang sebulan sahaja lagi kami akan berpisah. Masing-masing akan sambung pelajaran di tempat lain,Batrisyah mungkin sambung dalam negara sahaja. Aku yang mungkin akan terbang ke Jordan. Borang sudah diambil. Itu harapan umi, abah dan along.Kembara mencari ilmu pasti menyeronokkan. Lebih dekat dengan tempat-tempat sejarah Islam lagi bagus.Lagipun di sana ada Kak Izzah, sepupuku.Mengelamun pula. Hish.

Aku pun mula membuka buku perundangan syariah yang terletak di kanak meja. Batrisyah lebih dahulu menelaah dari aku. Nampak tekun. Sekitar jam 11.45 pagi kami keluar dari library dengan hati tenang.

rintih pendosa pada Allah

setiap langkah ku iring doa tak henti,
mengharap keajaiban berlaku di sisi,
tanpaNya aku rebah hilang pedoman,
tak berguna juga hidup melarat,
segalanya bergantung padaNya tiap saat.
cinta itu harus ditukar ganti sederas mungkin,
pada yang baru dan bernilai lebih abadi,
tapi hati ini tak berdaya,
lemah seribu tak upaya,
andai satu hari ada taubat nasuha,
ku harap Dia terima,
mungkin ia dipenghujung usia,
atau esok lusa,
tiada yang dapat menjangka hadirnya ia....


ya Allah Yang Maha Kuasa, Maha Tinggi Penilaian dan Pengadilan...aku tak dapat melamar cintaMu seperti yang selayaknya ku lakukan. Maafkan kekhilafan ini yang kurasakan makin banyak. Setiap saat ku meras hina di sisiMu..bagaimana nantinya aku kembali menghadapMu?? Memikul beban dosa hingga aku mengah di tengah jalan..sesak nafasku menahan beratnya dosa, khilaf dan salah..ohh,tuhan maafkan aku!! setiap kali mata ini tercelik pasti satu kalimah Alhamdulillah terpacul..aku kini rindu akan iman yang terbuuang acap kali di setiap perjalanan kehidupanku..terlalu rindu!

Ya Allah...asma' Mu ya Tawwab meringankan penderitaanku tatkala mengenang dosa lalu. Sejenak ku berfikir, rahmatMu sungguh luas tak tercapai akal dangkalku ini. Lebih luas daripada lautan yang ombaknya setiap saat menghempas pantai, lebih luas daripada gunung yang tidak dapat didaki kaki ini. Tuhan yang membekalkan cahaya matahari bagi menyinar hari-hari ku, tuhan yang menurunkan hujan bagi menyirami tanah tandus, iaitu Dia yang Maha Pemaaf, tiada yang lebih pemaaf dari Dia..ya Allah, kirimkan aku sahabat yang melaluinya aku beroleh hidayah Mu....

Masakan tidak kesal setelah membuatMu murka...masakan seorang hamba yang terlalu cinta pada tuhannya tidak gusar dan sedih kerna harus membina kembali cinta utuh yang dibina atas dasar taqwa tatkala ia runtuh oleh sebab bisikan syaitan....ya Allah aku berdosa...terimalah aku!

3 mahasiswa dibebaskan


Salam semua...salam perjuangan buat mahasiswa!

tadi ana baca Mahasiswakini.com sekejap. Nampaknya ada berita menarik. Alhamdulillah, 3 mahasisiwa yang ditahan kerana menyertai perhimpunan membantah kenaikan harga bahan api dan gula sudah dibebaskan pada jam 6.10 petang tadi. Mereka yang ditahan ialah Mohd Ridzuan Othman, s/u gerakan solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Syukri Abd Razab, Pengerusi Majlis Politik Nasional GAMIS dan Mohd Syahruldeen iaitu wakil aktivis Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).

Isu ini sudah banyak berlaku saban tahun. Mahasiswa tidakkan pernah berhenti untuk cuba menjadi third force di negara Malaysia tercinta ini. Hebatnya Mahasiswa sehinggakan dapat mengubah atmosfera sesebuah negara, boleh meruntuhkan sebuah kerajaan taghut, boleh ini, boleh itu, semua boleh............Boleh dikatakan setiap demonstrasi aman dibuat demi kebaikan rakyat dan kebaikan bersama tapi entahlah dimana silapnya sehingga ia berakhir dengan beberapa insiden 'ngeri'.

adat Bawa sesuatu kebaikan, memanng banyak ujian.Tak de apa lah yang perlu dirisaukan Mahasiswa!

Habis sudah cuti.....


Alhamdulillah.Allahuakbar. Selawat dan salam buat junjungan kekasih hatiku Rasulullah saw, keluarga dan sahabat baginda.Habis sudah cuti lebih kurang 3 minggu ini, banyak juga aktiviti yang dibuat. Akhirnya semester paling final akan menjengah, akhirnya habis juga.....=D Berpisah dengan sahabat-sahabat satu kenangan pahit dalam hidup.sedihla pulak.


Insya Allah ana kan berangkat pulang ke kampus hari ini atau esok. Ana pulang bagi mencipta lagi kenangan bersama kalian, sahabat! Sesungguhnya ukhwah kita indah bukan...

kajian


Salam dan selamat sejahtera..Rasanya belum terlambat untuk ana berkongsi tajuk yang ana kaji untuk tugasan semester lepas. Memang pening juga kepala mula-mula tapi atas nasihat pensyarah dan berpegang pada prinsip " tak tahu kena belajar", ana pun ambil tajuk ini; HAK SELEPAS PERCERAIAN BUKAN ISLAM (SIVIL). Bagi ana yang mempelajari undang-undang keluaarga perbandingan, ia bukanlah sesuatu yang asing tapi ia agak payah kerana kebanyakan buku yang digunakan menggunakan bahasa Inggeris undang-undang (tau-tau je la bahasa undang2)..

Alhamdulillah, sekarang sudah masuk bab kedua. meh nak kongsi sikit ye...kalau salah silap harap dibetulkan..=) Antara 3 perkara yang menjadi tuntutan selepas perceraian bukan Islam ialah nafkah (maintenance), hak penjagaan anak (custody) dan harta perkahwinan ( family asset). Ia seperti sama dengan tuntutan perceraian Islam cuma terdapat sedikit perbezaan. Setiap hak terdapat undang-undang yang dipruntukkan. Beberapa akta juga disediakan bagi menjamin hak setiap individu selepas berpisahDi samping itu, terdapat juga cara pembahagian harta setelah kematian ahli keluarga. Memang menarik walaupun perkara yang ana kaji dan belajar adalah di luar daripada pelajaran Islam tapi ia satu pengetahuan yang berguna di masa hadapan.Insya Allah...

Terima kasih banyak-banyak buat semua buku-buku rujukan yang tip top dan kepada biro bantuan guaman..semua jasa anda dikenang sehingga akhir hayat...
p/s: maaf, ana tak tulis kajian penuh...

kenangan 1997

salam ukhwah semua...
dah agak dua minggu juga tak menulis dalam blog.ana kesibukan. tapi bukan bererti malas menulis. Hari ini ana telah kembali ke zaman 1997, zaman ketika duduk dalam darjah lagi. Sebetulnya ana di Cameron Highlands , bercuti satu hari di sini. Setahun duduk di sini pada tahun 1997 memberikan banyak kenangan yang indah.(tapi banyak juga kenangan tak indah)..

Baru sebentar menjejakkan kaki ke bandar Brincang rasanya asing benar. Tempat permainan yang suatu ketika dahulu sering ana kunjungi dan bermain bersama kawan ana (arus-orang asli)sudah tiada lagi. Flat tempat kami tinggal kami juga sudah diubah suai. Teringat pula pada rakan cina yang duduk di flat sebelah dan juga jiran ana yang kecil, Farah. Mungkin sudah besar sekarang. Tanah Rata tempat sekolah ana pula belum dikunjungi, mungkin malam nanti.

Walaupun di sini kurang sejuk berbanding dahulu tapi atmosferanya tetap sama. Tetap nyaman.Subhanallah, cantik pemandangan di sini... Cuti semester tinggal 5 hari lagi. Dan semester akhir akan menjelma! Alhamdulillah...