Pemimpin Islam

Hadis Ibnu Umar r.a, baginda saw telah bersabda yang bermaksud:

"Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah! kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin.

(sahih muslim no 3408)

Salam ukhwah. Hadis ini ditulis untuk memberi peringatan kepada semua pemimpin di dunia ini. Memandangkan semalam muktamar sanawi (mesyuarat agung) kami, dan ana serta sahabat sudah menjadi mantan. Ana sangat berharap agar adik2 yang memegang tampuk pimpinan akan datang ini lebih berkomited dari kami. Selepas muktamar semalam, ana berbual dengan pimpinan yang telah dilantik. Banyak yang kami debatkan, nasihatkan. Tadi ada seorang dari pimpinan baru memberitahu ana tentang namanya tidak disebut waktu muktamar. Ana cakap satu ayat pada adik itu. " Dik, pemimpin itu perlu dikenal dari hasil kerja dan usaha gigihnya, tapi tak kisah kalau namanya tidak dikenali.."

Ana tahu ada yang tidak sependapat begitu. Ada yang berpendapat jika tak kenal nama macam mana nak bekerja dengan pemimpin itu. Ana berandaian bahawa jika pemimpin itu terbukti hasil kerjanya, secara tidak langsung orang akan mengenalinya. Bukankah sangat tidak bagus jika nama pemimpin itu gah tapi hasil kerjanya tidak seberapa...ia malah dipertanggungjawabkan di hadapan Allah swt di akhirat kelak. Pemimpin bukan sahaja harus bijak, dan bergaya tapi perlu mampu sama-sama susah dengan 'rakyatnya'.wallahu'alam.

hidup ini untuk Allah



Terima kasih ya Allah...Hanya itu yang aku mampu sebagai hamba yang kerdil menzahirkan rasa syukur. Hati ini tenang bila semua perkara yang berlaku ada hikmahnya. Kadang-kadang bila teringatkan manusia yang tidak pernah menghargai aku, manusia yang menyakitkan aku, manusia yang menyakitkan hatiku, manusia yang menjatuhkan aku dan seribu macam sikap manusia yang membuatkan aku 'tercedera', aku pasti segera mengingati Allah, tuhan Maha Pengasih. Lantas hati ini senang memaafkan mereka dan berlapang dada. Kerana itu nabi kita merupakan orang yang pengasih.


Kerana itu juga aku berazam supaya diri ini diinfakkan ke jalanNya. Rasa sangat terhutang dengan Allah swt, walaupun Allah tak suruh bayar guna wang ringgit tapi aku cuma perlu taat beribadah padaNya. Hidup ini untuk Allah. Segalanya untuk Allah. Dulu aku tak faham sangat kenapa mati syahid itu nikmat sangat. Tapi lepas baca buku, dengar pengalaman mereka yang berjuang, memang pun mereka itu rasa suka sangat bila nak mati syahid. Rupanya hidup mereka kerana Allah, Rasulullah dan perjuangan kekasih mereka, dan destinasi mereka bukan terhenti di dunia tapi nun di syurga Allah.





Sejak hari itu aku sentiasa berdoa supaya dikurniakan mati syahid suatu hari nanti. Allah lebih mencintaiku berbanding sesiapapun didunia ini. Kasih sayangNya menyeluruh dan tiada henti. RahmatNya menaungi dunia dan seisinya, ditambah dengan rindu pada hambaNya yang bertaqwa.........subhanallah!

amanah yang bakal dilepaskan


Salam semua...alhamdulillah syukur di atas segala nikmat dan segala ujian yang diberi. Setelah melalui setahun memegang amanah menguruskan organisasi bagi tujuan kemasyarakatan, banyak yang ana dan sahabat-sahabat belajar. Kadangkala apa yang berlaku itu tidak terfikir oleh akal dangkal ini. Walaupun setiap masa berwajah serius (sampai ditakuti orang), tapi alhamdulillah ana masih lagi mesra dengan setiap sahabat yang datang ke bilik untuk mengadu, membincangkan masalah dan macam-macam lagi.

Hari selasa depan merupakan hari akhir tugasan ana. Walaupun sudah jadi mantan (mundar-mandir tanpa jawatan ) tapi ana akan ambil tahu juga hal-hal siswi ni.Insya Allah. Banyak juga kenangan yang indah2 sepanjang masa itu. Ana lihat di kampus masih kurang siswa/siswi yang cakna dengan hal masyarakat. Dengan aktiviti kemasyarakatan dapat melahirkan sikap prihatin dan belas ihsan. Yelah, selalu tengok orang susah kan..

oklah, selamat bertugas kepada semua yang telah dilantik..jalankan amanah kerana Allah, jangan salah guna dan akhir sekali tegakkan Islam di kampus kita! wallahu'alam....

sibuk, sabar dan sakit


Salam semua..sudah agak sebulan juga ana tak update blog. Kali ini terpanggil pula.Tapi mungkin sedikit sahaja penulisan kali ini. Syukur tak terkata kepada Allah swt pencipta alam ini, selawat dan salam buat kekasih hati Rasulullah saw.

Minggu ini dan minggu lepas sibuk sangat, rasa tak menang tangan nak buat semua kerja tapi alhamdulillah beres juga. Dalam sibuk-sibuk tu, ana dapat belajar banyak perkara dalam sabar. Seperti kata sahabat-sahabat ana, ana ni kurang sabar sikit. cepat marah kata mereka. Ya, benar. Ana akui itu sebagai kelemahan, manusia ini tidak sempurna. Ana juga dah cuba bersabar dengan setiap dugaan dan alhamdulillah hikmahnya manis. Manis sangat sehingga boleh menitiskan air mata gembira. Kata Saidina Ali karamallahu wajhah, sifat marah itu adalah musuh utama akal. Bila marah akal jadi hilang pertimbangan. Tapi sabar menambahkan iman dan menenangkan jiwa.

Ujian bertimpa datang, sabar. Itu tips ustazah ana yang baik hati. Semester lepas ana diuji dengan amanah, sahabat, dan macam-macam lagi. Bila Allah swt uji maksudnya Dia sayang dang setiap ujian yang dapat dilolosi akan dapat meningkatkan darjat di sisiNya. Itu kata-kata pemujuk jiwa yang senang dilafaz dan tenang di dengar. Dalam berjemaah, ana belajar tarbiyah, wala', thiqah dan ithar. Paling terkesan adalah ithar. Ana paling tak gemar orang yang selfish.Lagi-lagi dalam menuntut ilmu dan bersahabat. Tapi semuanya perlu sabar....

Baru-baru ini juga sakit bertandang. Allah swt nak bagi kafarah dosa ni. Alhamdulillah. Saja tak mahu peduli sebab banyak perkara nak settle. Final tinggal lagi sebulan. Doakan ana!


Wallahu'alam.